Wednesday, 27 August 2014

Tukar Jawapan.



1:Asal:Aku takde duit nak berniaga.
Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2:Asal : Aku mana ada bakat berniaga.
Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.


3:Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.
Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.


4 :Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.


5 :Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.


6 :Asal : Aku takut sombong bila kaya.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.



7:Asal :Aku banyak hutang.
Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.



8 :Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.



9 : Asal: Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua,tiga atau empat.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.



10: Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!



Ceo Samad Kinto

Pakar Bisnes Dari Rumah.
www.SamadKinto.com

TIPS DARIPADA JUTAWAN PAKAR BISNES DARI RUMAH


Oleh Tuan Ceo Samad Kinto.

Bismillah. Alhamdullillah. Ceo dah berniaga dari rumah semenjak 2009. Ada beberapa perkara yang Ceo perhatikan. Walaupun bisnes kecil dari rumah pun, mesti alert perkara ini. Kecil tetapi penting. Masih boleh di perbaiki & boleh kembali ke landasan kejayaan. Ceo kongsi 5 perkara dahulu.

1 : Stok habis. Duit pun habis.
Ramai yang gembira dengan bisnes kecil tetapi berhasil. Bermula dengan stok bernilai Rm5 ribu tetapi kembali ke asal sebelum mereka berniaga. Gagal untuk gandakan stok bererti gagal juga gandakan wang.


2 : Takut untuk bayar duit iklan.
Usahawan ini sangat fobia untuk bayar duit iklan. Mereka cukup takut nak keluarkan duit. Takut nak cuba. Dengar angka 4 digit dah rasa nak pitam. Usahawan ini tinggal kenangan dalam tempuh beberapa bulan sahaja.


3 : Tidak suka membaca.
Satu tabiat yang wajib ada jika nak rasa peringkat tertinggi dalam bidang bisnes. Tabiat ini semakin di lupakan atas sebab alasan tersendiri. Beli. Baca. Buat. Buat. Buat. Buat. Buat. Hingga dapat. Beli pun kemut, baca pun malas, tabiat pun menjadi cari duit untuk belanja.Bisnes tetapi semakin miskin.


4 : Gagal menyimpan.
Nak kaya. Tapi tak menyimpan. Macam mana tu? Asas nak kaya, mesti menyimpan. Bila? Bila urusan jualan selesai. Dapat rm100, simpan rm10. Dapat Rm1ribu simpan rm100. Jika ketagihan menyimpan ada, kita kaya tanpa sedar. Bila nak mula? Sekarang!


5 : Takde Mentor.
Dahlah malas membaca. Malas menyimpan pula. Sebab? Takde Mentor yang tegur. Ada Mentor yang tegur. Merajuk pula. Aku ni dah tua, mestilah sensitif. Jiwa kecil. Tadah telinga. Dengar bebelan Mentor. Dia tegur sebab sayang. Pujian rakan sebelah sebenarnya racun membunuh. Jasad hidup tapi jiwa dah meninggal. Cari Mentor, talaqi dengan beliau. Bukan cari kelemahan pula. Bayar & azam jadi murid terbaik.


Ini adalah sebahagian yang Ceo lihat & alami sendiri. Semoga pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!


Like jika suka.
Share jika memberi manfaat.
Ceo sayang anda semua.

Ceo Samad Kinto
Pakar Bisnes Dari Rumah.
www.SamadKinto.com
Tip Bisnes Dari Rumah. Siri 8. ‪#‎tipbisnesdarirumah‬ ‪#‎herskin‬ ‪#‎truetechcosmetics‬

Thursday, 17 July 2014

Tip Bisnes Dari Rumah. Siri 5





Mengapa pelanggan suka berurusniaga dengan kita?


Pelanggan suka berurusniaga dengan kita hanya dua sebab ini.

1: Mereka suka atau percaya malah cinta dengan kita.
2 : Produk atau perkhidmatan kita membantu menyelesaikan masalah mereka atau menjadikan mereka lebih baik.


Dua perkara ini menjadi asas untuk mencipta tool marketing perniagaan kita. Walau bagaimana hebat pun alat pemasaran kita, dua perkara ini mesti menjadi rujukan dahulu.


Pelanggan tidak mungkin membayar kita jika mereka benci atau tidak percaya kita. Mereka juga tidak akan berurusan dengan kita andai produk atau servis kita tidak membantu mereka. Sebelum kita berurusan dengan pelanggan, pastikan syarat di atas di penuhi.


Jujur dengan pelanggan mereka mesti suka. Penampilan menarik memikat hati mereka. Datang awal di setiap temu janji. Beri diskaun tanpa tunggu di tanya.
Panggil gelaran nama yang pelanggan suka. Cipta rekod peribadi yang baik. Berkawan dengan orang yang positif. Senyum sentiasa. Beri lebih nilai. Buat lebih daripada yang di harapkan.
Tadah dua telinga jika mereka bercakap. Pastikan kita faham dengan jelas keperluan pelanggan. Beri tip berguna dengan percuma.
Bahasa badan mesti jaga. Tinggalkan mereka dalam keadaan yang gembira walaupun mereka tidak membeli.
Jangan mengutuk pesaing di hadapan pelanggan. Bina hubungan dahulu sebelum jualan.
Anggap sahaja semua pelanggan kita sebagai sahabat.Tanya khabar mereka. Berborak tentang perkara yang baik sahaja. Tentang mereka nak dengar sahaja.


Sayangi anak-anak mereka. Hormati ibubapa pelanggan. Belajar emosi pelanggan Melayu. Selami adat kaum Cina. Kuasai bahasa badan kaum India. Baik hati dengan pelanggan Bangladesh. Tekuni apa pelanggan Pakistan mahu.

Pendekata, mesti bijak & seronok berurusniaga dengan semua bangsa di atas planet bumi ini.


Jika dua perkara ini kita kuasai. Mereka seronok membayar kita dengan rela. Dompet kita lebih kembong dengan rezeki yang halal. Mereka juga menjadi jurujual kita secara percuma. Mereka pasti rekemen kepada keluarga & sahabat handai. Malah boleh menjadi pelanggan ke generasi seterusnya.


Ingat dua perkara di atas. Kita bukan sahaja berjaya berurusan dengan pelanggan kita malah kita juga menjadi pilihan untuk berniaga dengan semua orang di belakang pelanggan tersebut. In Shaa ALLAH. Amin.

He2 kopi satu!
Klik like jika suka. Sila share jika ada manfaat untuk anda & pembaca.

Ceo Samad Kinto
Pakar Bisnes Dari Rumah.
www.SamadKinto.com — feeling happy.

Friday, 16 May 2014

FOKUS TONE EXCEL 3



[Tone Excel Info]

Ilmu 'fresh from oven' dari Tawau.
.
Berita yang baru diterima tentang preview Tone Excel disana.
.
Pesanan untuk semua dari Top Leader...

.
[Dari Mazelan Abas]
.
1. Kalau anda fikir kenapa pentingnya anak bersekolah. Anda sepatutnya fikir sama kenapa pentingnya semua orang guna Simkad Tone Excel.
.
2. Buat selama dua tahun. Penuhkan level 1. InsyaAllah anda semua boleh dapat apa yang saya dapat sekarang. RM500,000 sebulan.
.
3. Kalau kita lahir dalam keadaan miskin bukan salah kita. Tetapi, salah kita kalau kita meninggal dalam keadaan miskin tanpa sebarang "Income Pasif" yang boleh diwariskan kepada anak cucu kita nanti.

FOKUS TONE EXCEL 2



Pesanan untuk semua dari Top Leader Tone Excel...

[Dari Hamka Marsaling]
.
1. Buat bisnes ni secara konsisten. Jangan pada bulan pertama taja orang membara-bara. Bulan kedua terus hilang. Bulan ketiga hilang. Bila komisen masuk sikit, merajuk cakap aku buat tapi tak kaya-kaya. Aku stop buat bisnes ni. Boleh nak kaya. Tapi tak mahu berusaha.
.
2. Bersabar. Dalm bisnes ni perlu bersabar. Saya dulu kerja Mat Despatch/Office Boy dengan kesabaran selama 9 tahun gaji cuma RM1200. Tapi saya kerja dengan bisnes ToneExcel saya sendri dengan kesabaran selama 1 tahun, 2 bulan. Gaji saya sekarang sebulan adalah RM30 ribu sebulan. Fikir-fkirkan.
.
3. Bertahan. Kalau anda taja org. Bertahan dengan kutukan orang, keji orang lain. Ada yang cakap, "Kau buat dululah, nanti kau dah kaya, baru aku buat." Tak apa. Bertahan dengan bermacam-macam ragam orang. Tapi, percayalah. Bila kita dah berjaya nanti secara automatik orang yang akan cari kita.
.
4. Ikut prinsip labah-labah. Bukan prinsip cicak. Cicak kalau lapar baru cari makan. Bila kenyang, dia tak cari makan. Sebab sentiasa duduk dalam keadaan selesa. Tapi, labah-labah ni, dia tak akan makan selagi sarangnya belum siap! Samalah diertikan bisnes ToneExcel ni, selagi Level 1, 2 dan 3 tak siap, jangan duduk dalam keadaan selesa. Selagi empayar tak siap, jangan berhenti menaja.
.
Tunggu empayar dah siap 2-3 tahun dulu... Kalau mahu rehat ketika itu, rehat lah... Barulah anda akan makan dengan nilai duit puluhan ribu, ratusan ribu secara pasif sebulan. Walaupun kita dah tak ada di dunia, tetapi income itu masih boleh diwariskan kepada anak cucu... .

FOKUS DALAM TONE EXCEL



Pesanan untuk semua dari Top Leader Tone Excel...
.
[Rosanne Goh]
.
1. Bisnes Tone Excel. Sentiasa fokus.
.
2. Rajin blajar dari semua sumber yang diberikan oleh sifu Mazelan Abas. Tengok video-videonya di YouTube. Baca buku-bukunya. Bila rasa hilang fokus, tengok balik video-videonya dan baca buku-bukunya. Jangan lari fokus.
.
3. Saya bekerja sebagai pembantu kedai McDonald ulang alik dri JB - Singapore setiap hari. Gaji hanya cukup makan sebulan. Tapi bila saya kenal bisnes ToneExcel ini, saya terus join sebab saya mahu cuba dahulu, kerana ada potensi pasif income walaupun hanya sen-sen.
.
4. Selama 1 tahun 8 bulan saya fokus. Saya kini dapat RM40,000 setiap bulan. Saya sendri macam tidak percaya apa yang saya dapat sekarang. Fokus terhadap peluang.
.
5. Jadi kita boleh dapat lebih bnyak peluang.
.


.

Semua ini tips yang sangat berguna yang saya tuliskan semula untuk anda jadikan sebagai
satu dorongan. Jika anda mahu berjaya, anda sendiri yang tentukan.
.

Sifirnya mudah - "Jika mahu berjaya, ikut sahaja cara orang yang sudah berjaya..."