[Tips] Memulakan Bisnes Online
NOTE : Maaf panjang sikit, tapi bacalah sampai habis jika anda masih baru dalam Bisnes Online.
"Bro, macam mana nak start online bisnes?"
Soalan ni kekerapannya paling tinggi sekali dekat carta soalan
terkumpul dalam inbox. Jawapan mudah saya "Nak start senang je, ada
komputer, ada barang, jual!"
Tapi tak lah semudah tu. Mudah.com
saja yang mudah. Hehe. Jadi saya terfikir untuk kongsi pengalaman yang
cinonet sebesar zarah ni untuk rujukan kawan-kawan. Ini sangat umum.
Ramai pemilik online business malah peniaga-peniaga lain lain pun mula
tanpa ilmu berniaga. Mula saja, terjah, cuba, jatuh, bangun, gagal
hingga jumpa cara yang betul. Itu lumrah. Kalau kita merancang startegi
untuk tidak jatuh dan terus ke puncak, sampai bila pun formula tu tak
siap! Tapi tak bermaksud kita tak payah buat perancangan. Saya suka
konsep ini: Satu bahagian perancangan dapat tingkatkan lima ke sepuluh
bahagian jualan.
#SATU
Paling penting untuk kita mulakan
dengan apa yang kita suka. Cara yang ni sebenarnya untuk cepatkan proses
kita berjaya. Benda yang kita minat lebih mudah nak di jalankan. Kalau
tak minat tapi nak buat juga, boleh. Tak ada masalah! Cuma gandakan
usaha dan jangan mudah hilang fokus
#DUA
Kalau fokus kepada online business maka yang pertama tentukan jenis
mana business ni nak dijalankan. Guna social media sebagai medium utama?
Blogshop? Facebook? Jual di Instagram? atau website! Buat lah homework
sikit, setiap medium ni ada follower yang berbeza tau! Mungkin ada satu
yang paling best untuk jadi medium utama anda dan yang lain tu sebagai
medium untuk promosi.
#TIGA
Bila dah dapat jenis business
yang nak dijalankan, sekarang rangka apa strategi promosi yang paling
baik. Orang muda suka approach yang hip dan funky, eksekutif lain pula,
mak-mak lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal etc.
Kuncinya kenal siapa target kita!
Oh dalam business, promosi benda paling penting. Kalau diam saja tak
ada orang tau dan cari. Melainkan kita sorang saja jual benda tu di
dunia ni!
#EMPAT
"Saya dah ada online shop, saya dah puas promote. Kadang-kadang ada orang beli tapi selalunya tak. Macam mana nak buat?"
Kalau baru setahun jagung, jangan merungut dulu. Cuba check kita
promote tu dekat mana? Pada siapa? Kalau dalam setahun tu cara promote
sama saja macam mana nak dapat hasil berbeza? Varietykan. Cuba promote
di pelbagai medium. Buka booth kalau mampu. Kita dapat sebarkan lagi
tentang business kita dari booth. Dan juga cara lain, suruh otak bekerja
sikit untuk fikir. Tak boleh harap orang suap semua.
TIPS! Boleh juga guna cara offline untuk tarik mereka ke online!
#LIMA
Dalam business online ni, gambar dan info tentang produk/servis sangat
penting! Gambar yang jelas, cantik dan kemas (bukan gambar syok sendiri)
lebih meyakinkan pelanggan. Letakkan juga info sampingan lain yang
mungkin penting untuk mudahkan pelanggan buat keputusan pembelian. Info
yang meyakinkan! Gambar juga menentukan hala tuju business kita. Selalu
saya nampak peniaga pakaian upload gambar pakaian yang nak dijual
berkedut. Cuba rajin sikit untuk gosok. Kalau berkedut gambar pun jadi
tak menarik, baju pun nampak tak cantik dan jelas sangat pemiliknya mim
alif lam sin!
#ENAM
Cari extra selling point anda yang
orang lain tak ada. Tak tahu? Ini kena cari sendiri dik. Kiranya macam
kelebihan kita. Tak perlu yang besar, kadang-kadang benda kecil yang
nampak remeh itu lah selling point kita! Kena cuba dulu baru tau
#TUJUH
Sebelum nak mulakan, tetapkan niat. Dalam Islam, niat sangat menentukan
apa yang kita buat. Niat yang baik, dengan usaha, perkhidmatan baik,
kesabaran, ketabahan, inshaAllah Allah permudahkan.
PM : MD Akmal jika anda masih baru dalam Bisnes Online dan ingin belajar. Jgn malu & segan
Sunday, 25 August 2013
Thursday, 22 August 2013
3 Cara dapatkan pelanggan untuk bisnes baru.
3 Cara dapatkan pelanggan untuk bisnes baru.
"Saya sudah gunakan semua teknik pemasaran yang diajarkan oleh cikgu-cikgu pemasaran, namun satu unit produk masih belum berjaya dijual."
Dialog di atas adalah keluhan majoriti pemilik bisnes new-comers. Iaitu pemilik bisnes baru.
Tidak semua bisnes mudah menghasilkan jualan pertama. Lebih-lebih lagi apabila harga produk atau servis itu lebih tinggi berbanding biasa.
Pembelian bergantung pada faktor emosi iaitu:
1) Kepercayaan.
2) Keyakinan.
Kepercayaan dan keyakinan ini boleh ditanam dalam hati pelanggan menerusi strategi yang dinamakan sebagai streamline offer.
Streamline offer adalah strategi berantai. Kita tidak menjual produk utama terlebih dahulu. Ia mengandungi 3 pecahan asas iaitu:
1) Front end.
2) Main product.
3) Back end.
============
Tawaran Front End
============
Streamline offer bermula pada peringkat front end.
Front end adalah mesej pemasaran yang dapat merendahkan trauma pelanggan. Dalam masa sama, meningkatkan dua faktor emosi penting yang mendorong kepada pembelian; Kepercayaan & keyakinan.
Antara tawaran front end adalah:
1) Sampel produk bernilai RM1 hingga RM10 maksimum.
2) Seminar percuma selama 4 jam.
3) Servis khidmat nasihat percuma.
Apabila kita lihat kembali tawaran di atas, front end menggunakan dua pendekatan iaitu; Harga sangat murah, tidak masuk akal, atau percuma.
Bagaimana pemilik bisnes mengaut keuntungan jangka panjang yang lumayan menerusi pendekatan front end?
Mereka mengambil data pelanggan.
Sebagai contoh, skrip tawaran front end bagi produk DVD Tutorial Kuruskan Badan Dengan Senaman Yoga adalah:
"Percuma 10 Jenis Makanan Yang Dapat Turunkan 5kg Dalam Masa 30 Hari. Sila SMS <Nama> & <Emel> ke 012 345 6789."
Apabila mereka SMS ke nombor ini, bermakna kita (pemilik bisnes) sudah mempunyai data pelanggan.
Kita akan gunakan data ini berkali-kali untuk membina dua faktor emosi tadi; Kepercayaan & keyakinan.
Jika tawaran front end itu bagus, maka pelanggan sudah bersedia untuk bagi duit bagi membeli produk utama.
Data-data ini yang akan membantu kita untuk menjual produk utama yang bernilai tinggi.
[Tawaran main product dan back end akan dikongsikan dalam post-post akan datang]
============
Mahu Belajar Marketing Di Facebook?
============
DVD Bengkel Simple Tapi Power (STP) telah membantu orang-orang baru dalam bisnes, untuk mahir satu skil yang paling mahal dalam dunia bisnes.
Skil itu adalah: Pemasaran a.k.a Marketing.
Psikologi pemasaran berkesan di Facebook ada resepi yang tersendiri.
Belajar daripada orang yang berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini, jauh lebih mudah berbanding belajar sendiri atau try & adjust.
Tuan Faisal Abdullah adalah pemilik bisnes, konsultan dan copywriter yang sudah membantu mentee-menteenya menghasilkan jualan melebihi RM1,000,000 (RM1 juta) dengan teknik Simple Tapi Power.

Bagaimana dapatkan lebih ramai pelanggan.
Bagaimana dapatkan lebih ramai pelanggan.
Jawapannya,
"Mempunyai sistem buat duit yang betul dan berkesan (B&B)."
Menurut Robert Kiyosaki, cara yang biasa usahawan dan jurujual di seluruh dunia gunakan untuk dapat banyak duit adalah:
---
Tambah Jumlah Pelanggan
---
Ini adalah "common strategy" yang biasa kita gunakan.
Cara untuk praktikkan strategi ini adalah:
1) Lihat dan kaji kempen-kempen pemasaran sebelum ini.
2) Pilih kempen pemasaran yang berkesan sahaja.
3) Sebarkan kempen pemasaran itu ke ruangan yang lebih meluas.
Sebagai contoh, jika sebelum ini kita cuma guna Facebook, maka ada beberapa lagi ruangan sebaran yang boleh digunakan:
---
4 Virus tambah pelanggan baru
---
1) Twitter.
2) Forum.
3) Akhbar.
4) E-mel.
Strategi tambah jumlah pelanggan adalah strategi pertama untuk tambah banyak duit dalam poket bisnes.
Strategi ini lebih berkesan apabila kita kuasai, "Skrip Jualan Berpengaruh"
---
Apa maksud skrip jualan berpengaruh?
---
Ia adalah kemampuan untuk menulis perkataan yang:
1) Membuatkan pelanggan suka.
2) Membuatkan pelanggan faham.
3) Membuatkan pelanggan teruja untuk bagi duit kepada kita.
Dalam pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat," strategi ini disusun dalam posisi yang ringkas dan senang dipraktik.
Semua pemilik pakej ini diberikan akses ke grup Facebook (Bernilai RM597).
Ebook dan audio ini akan berusaha membantu kita untuk faham bagaimana untuk jadi jurujual berpengaruh yang disayang Tuhan.
Subscribe to:
Comments (Atom)