[Tips] Memulakan Bisnes Online
NOTE : Maaf panjang sikit, tapi bacalah sampai habis jika anda masih baru dalam Bisnes Online.
"Bro, macam mana nak start online bisnes?"
Soalan ni kekerapannya paling tinggi sekali dekat carta soalan
terkumpul dalam inbox. Jawapan mudah saya "Nak start senang je, ada
komputer, ada barang, jual!"
Tapi tak lah semudah tu. Mudah.com
saja yang mudah. Hehe. Jadi saya terfikir untuk kongsi pengalaman yang
cinonet sebesar zarah ni untuk rujukan kawan-kawan. Ini sangat umum.
Ramai pemilik online business malah peniaga-peniaga lain lain pun mula
tanpa ilmu berniaga. Mula saja, terjah, cuba, jatuh, bangun, gagal
hingga jumpa cara yang betul. Itu lumrah. Kalau kita merancang startegi
untuk tidak jatuh dan terus ke puncak, sampai bila pun formula tu tak
siap! Tapi tak bermaksud kita tak payah buat perancangan. Saya suka
konsep ini: Satu bahagian perancangan dapat tingkatkan lima ke sepuluh
bahagian jualan.
#SATU
Paling penting untuk kita mulakan
dengan apa yang kita suka. Cara yang ni sebenarnya untuk cepatkan proses
kita berjaya. Benda yang kita minat lebih mudah nak di jalankan. Kalau
tak minat tapi nak buat juga, boleh. Tak ada masalah! Cuma gandakan
usaha dan jangan mudah hilang fokus
#DUA
Kalau fokus kepada online business maka yang pertama tentukan jenis
mana business ni nak dijalankan. Guna social media sebagai medium utama?
Blogshop? Facebook? Jual di Instagram? atau website! Buat lah homework
sikit, setiap medium ni ada follower yang berbeza tau! Mungkin ada satu
yang paling best untuk jadi medium utama anda dan yang lain tu sebagai
medium untuk promosi.
#TIGA
Bila dah dapat jenis business
yang nak dijalankan, sekarang rangka apa strategi promosi yang paling
baik. Orang muda suka approach yang hip dan funky, eksekutif lain pula,
mak-mak lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal etc.
Kuncinya kenal siapa target kita!
Oh dalam business, promosi benda paling penting. Kalau diam saja tak
ada orang tau dan cari. Melainkan kita sorang saja jual benda tu di
dunia ni!
#EMPAT
"Saya dah ada online shop, saya dah puas promote. Kadang-kadang ada orang beli tapi selalunya tak. Macam mana nak buat?"
Kalau baru setahun jagung, jangan merungut dulu. Cuba check kita
promote tu dekat mana? Pada siapa? Kalau dalam setahun tu cara promote
sama saja macam mana nak dapat hasil berbeza? Varietykan. Cuba promote
di pelbagai medium. Buka booth kalau mampu. Kita dapat sebarkan lagi
tentang business kita dari booth. Dan juga cara lain, suruh otak bekerja
sikit untuk fikir. Tak boleh harap orang suap semua.
TIPS! Boleh juga guna cara offline untuk tarik mereka ke online!
#LIMA
Dalam business online ni, gambar dan info tentang produk/servis sangat
penting! Gambar yang jelas, cantik dan kemas (bukan gambar syok sendiri)
lebih meyakinkan pelanggan. Letakkan juga info sampingan lain yang
mungkin penting untuk mudahkan pelanggan buat keputusan pembelian. Info
yang meyakinkan! Gambar juga menentukan hala tuju business kita. Selalu
saya nampak peniaga pakaian upload gambar pakaian yang nak dijual
berkedut. Cuba rajin sikit untuk gosok. Kalau berkedut gambar pun jadi
tak menarik, baju pun nampak tak cantik dan jelas sangat pemiliknya mim
alif lam sin!
#ENAM
Cari extra selling point anda yang
orang lain tak ada. Tak tahu? Ini kena cari sendiri dik. Kiranya macam
kelebihan kita. Tak perlu yang besar, kadang-kadang benda kecil yang
nampak remeh itu lah selling point kita! Kena cuba dulu baru tau
#TUJUH
Sebelum nak mulakan, tetapkan niat. Dalam Islam, niat sangat menentukan
apa yang kita buat. Niat yang baik, dengan usaha, perkhidmatan baik,
kesabaran, ketabahan, inshaAllah Allah permudahkan.
PM : MD Akmal jika anda masih baru dalam Bisnes Online dan ingin belajar. Jgn malu & segan
No comments:
Post a Comment