Friday, 20 September 2013

3 Teknik Pre-sell Guna SMS Marketing.



Pre-sell adalah teknik yang digunakan untuk panaskan enjin emosi pelanggan.

Tidak semua pelanggan mempunyai gaya fikir seperti, "Aku mahu terus beli produk ini sekarang."
Majoriti pelanggan mempunyai sifat was-was atau takut untuk membeli dengan kadar yang segera.

Faktor ini berpunca daripada:

1) Kepercayaan terhadap si penjual.

2) Lambakan produk yang sama dalam pasaran.

3) Terlalu ramai agen produk memberikan tawaran yang serupa.

Cara untuk pikat hati pelanggan supaya membeli dengan kita adalah menerusi teknik "pre-sell SMS."

Kita akan panaskan enjin kepercayaan. Kemudian bina kredibiliti. Akhir sekali, baru mereka sendiri rela hati untuk bagi duit.

==============
3 Langkah Pre-sell SMS
==============

Apabila melakukan strategi ini, kita bermula sebagai seorang pemberi.

Kita yakin dan percaya, bahawa pelanggan akan membeli dengan kita sekiranya kita memberikan mereka sesuatu.

Untuk memudahkan pemahaman, kita ambil produk Susu Kambing ABC sebagai contoh.

Jika ada 1,000 orang agen yang menjual Susu Kambing ABC di Facebook, adakah pelanggan mempunyai sebarang tekanan pembelian?

Jawapannya, ada. Pelanggan akan pening kepala untuk memilih agen yang sesuai.

Dalam strategi pre-sell SMS, kita membantu pelanggan untuk melakukan pembelian segera.

Dalam kes Susu Kambing ABC, kita gunakan pendekatan low-risk buying decision.

==============
Sebagai contoh:
==============

"Jika Susu Kambing ABC berharga RM30 satu pek, maka kita rendahkan risiko si pelanggan dengan memberikan harga sampel RM10."

Untuk itu, apabila mahu tulis mesej pre-sell SMS di ruangan iklan, kita boleh tulis begini:

"Dapatkan sampel Susu Kambing ABC (3 sachet) dengan harga RM10 sahaja. SMS <SAMPELABC> ke nombor 012 345 6789 untuk dapatkan cara pembelian."

==============
5 Poin Penting Pre-sell SMS
==============

1) Pelanggan suka dengan pembelian risiko rendah, khususnya apabila mereka pertama kali berurusan dengan pembeli.

2) Menjual menggunakan teknik pre-sell SMS adalah pelan perancangan keuntungan untuk jangka masa panjang.

3) Sediakan skrip untuk balas semula respon daripada pembeli.

4) Pastikan skrip seterusnya membekalkan nombor akaun bank yang lengkap (Contoh: Maybank - 1234567891011 (Muhammad Aqif)).

5) Simpan data pelanggan supaya kita dapat kaut keuntungan di masa akan datang.

==========
Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka
==========

Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan telefon atau SMS, untuk:

1) Meningkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan.

2) Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon.

3) Membuatkan pelanggan percaya dan yakin, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS.

Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.

"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit."

- Juniper Research.

No comments:

Post a Comment