Monday, 30 September 2013

Cara dapatkan nombor telefon pelanggan, supaya lebih mudah tingkatkan jualan.



Semalam, Tuan Guru Faisal Abdullah berkongsi teknik yang saya tulis kepada 19,000 subscriber e-mel beliau.

Saya percaya, tidak semua sahabat Facebook di sini menjadi subscriber beliau.

Cara untuk jadi subscriber emel Tuan Faisal Abdullah, dan dapatkan ratusan tip pemasaran secara berperingkat, klik sahaja laman web di bawah:

Sini ya --> http://www.nasihatniaga.com/

(Tulis nama dan emel dalam ruangan yang disediakan dalam laman web itu)

Ini adalah teknik yang saya kongsikan kepada 19,000 subscriber:

==============
Cara dapatkan nombor telefon pelanggan, supaya lebih mudah tingkatkan jualan.
==============

Nombor telefon pelanggan adalah data yang paling berharga dalam bisnes kita.

Apabila ada nombor pelanggan, kita berpeluang untuk "direct contact". Iaitu berhubung terus dengan mereka tanpa perlu melepasi sebarang dinding-dinding lain.

Besarnya impak nombor pelanggan ini, sehinggakan ada yang mewujudkan bisnes menjual data pelanggan dan kaut jutaan ringgit.

Orang sanggup keluarkan banyak duit untuk beli maklumat pelanggan.

Justeru itu, nombor pelanggan adalah aset. Proses dan strategi untuk dapatkan nombor pelanggan pula adalah pelaburan.

Contoh pelaburan itu adalah:

1) Kita keluarkan bajet untuk Facebook Ads.

2) Kita buat satu kempen khas.

Matlamat kempen hanya satu: Mahu dapat seberapa banyak nombor telefon pelanggan yang mungkin dengan cara yang sah.

3) Nombor pelanggan itu akan disimpan dan kempen membina hubungan yang baik dengan mereka bermula secara berperingkat.

=================
Apakah Ayat Sesuai?
=================

Percuma.

Bagi barang percuma kepada pelanggan, sebagai pertukaran nombor telefon.

Percuma bukan bermakna barang bodoh, busuk dan buruk.

Percuma adalah barang yang membuatkan pelanggan berkata, "Sepatutnya aku kena bayar untuk dapatkan benda ini."

Perkataan percuma ini mahal nilainya. Satu ujikaji terhadap perkataan percuma yang digunakan dalam kempen pemasaran, telah berjaya melonjakkan conversion rate sehingga 31.54%.

Contohnya:

1) Percuma 5 jenis ayat close-deal berkesan yang jarang orang guna.

2) Percuma rasa masakan kami pada setiap hari Sabtu.

3) Percuma 5 jenis lokasi memancing kolam air tawar di kawasan Selangor.

Gunakan perkataan percuma, untuk buatkan pelanggan bersetuju berikan nombor telefon mereka kepada kita.

Contoh?

"Percuma 5 jenis ayat close-deal berkesan yang jarang orang guna. SMS 012 2345678 untuk dapatkan 5 ayat ini sekarang.'

Perkataan "Percuma" dapat meningkatkan 31.54% potensi untuk kita miliki aset bisnes. Iaitu nombor telefon pelanggan.

==========
Download - Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka
==========

Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan SMS untuk:

1) Tingkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan.

2) Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon, dan buatkan mereka seronok mahu membeli.

3) Membuatkan pelanggan percaya dan yakin serta merta, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS.

Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.

Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.

"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit."

- Juniper Research.

Klik laman web di bawah untuk pembelian secara online:

=======
Klik sini -->> http://www.writetowealth.my/strategi-sms
=======

Kuota download audio ini adalah terhad.

No comments:

Post a Comment