7 Fitrah Kekayaan Bisnes Bangsa Cina.
Mentor bisnes bangsa Cina menulis,
"Berikut adalah antara pendirian kami apabila mula berniaga. Setakat
ini, ia tidak menghampakan. Resepi kekayaan ini adalah ikutan
turun-temurun."
1) Agresif berniaga. Serta tidak campur aduk urusan peribadi dan perniagaan.
2) Tidak lepaskan peluang yang muncul di hadapan mata. Jika tidak boleh
buat sendiri, peluang itu akan diraikan oleh jemaah-jemaah mereka.
3) "Risk-taker". Mereka lebih takut mengambil risiko tidak berbuat
apa-apa. Lebih baik buat sedikit daripada banyak berharap dan bermimpi.
4) Mula dari akar. Tidak semestinya buat bisnes perlukan modal duit
yang besar. Bisnes bangsa Cina generasi pertama biasanya bermula dari
akarnya.
5) Bisnes mula kecil-kecilan. Tetapi matlamat pengakhiran bisnes itu wajib besar-besaran.
6) Duit buat duit. Duit untung bisnes bukan untuk melayan nafsu
peribadi. Dalam bisnes bangsa Cina, duit untung adalah untuk buat lebih
banyak duit.
Di sini pentingnya untuk mereka kenal pasti mesin-mesin duit yang berpotensi (peluang).
7) Menghargai kalendar dan jam. Di setiap kedai bisnes bangsa Cina,
kita boleh perasan kalendar dan jam yang melekat di dinding.
Kedua-dua ini menandakan bahawa bangsa ini sangat disiplinkan diri
terhadap masa. Setiap hari, pasti ada aktiviti untuk tingkatkan prestasi
bisnes.
===========
Mahu Ramai Pelanggan? Download - Audio Strategi Pemasaran SMS Jualan 7 Angka
===========
Bagaimana seorang penulis iklan (copywriter) yang duduk di Malaysia,
membantu ratusan anak-anak muridnya menghasilkan nilai jualan 7 angka.
… Hanya menerusi strategi pemasaran SMS.
Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.
"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik
bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion
ringgit."
No comments:
Post a Comment