Wednesday, 9 October 2013
5 Jenis mesin duit "kegemaran" bangsa Cina.
Mesin duit adalah kata ganti lain untuk bisnes.
Mentor bisnes berbangsa Cina menulis,
"Semua bisnes pun bagus. Dalam masa sama, ada jenis-jenis bisnes yang menjadi keutamaan bangsa kami."
Karya Lie Charlie iaitu Resep Kaya ala Orang Tionghoa menggariskan jenis-jenis mesin duit, yang menjadi kegemaran bangsa Cina.
==========
1) Kilang
==========
Berfikiran besar.
Apabila pemilik bisnes berbangsa Cina berniaga, mereka tidak sekadar mahu jadi jutawan. Mereka mahu jadi golongan yang tertinggi membekalkan produk.
Dalam erti kata lain, mereka tidak sekadar mahu jual kerusi. Mereka mahu jual kayu, paku dan bahan-bahan untuk buat kerusi.
Mempunyai kilang merupakan satu tanda aras bahawa mereka mendominasi industri.
==========
2) Aset Untuk Sewa
==========
Biasanya hartanah.
Kedai, tanah, bangunan dan pelbagai lagi. Asalkan ia boleh disewakan kepada orang lain.
==========
3) Logam
==========
Logam seperti emas dan perak sentiasa mempunyai potensi untuk nilainya meningkat.
Bangsa Cina suka pada alat-alat yang mempunyai potensi untuk naik harga.
Walaupun angka itu melonjak kecil-kecilan, ia lebih baik berbanding nilai itu menurun dengan drastik dan langsung tidak boleh panjat naik.
==========
4) Gerakkan Duit
==========
Wang tidak boleh jadi penganggur. Ia tidak boleh duduk diam.
Justeru itu, cara lain untuk menggerakkan duit dengan cepat adalah memberikan kredit, atau pinjaman wang kepada orang yang memerlukan.
Pinjaman bentuk ini terbahagi kepada dua golongan:
Pertama, untuk orang awam yang mahu pinjaman cepat.
Kedua, untuk jemaah-jemaah mereka yang perlukan duit untuk operasi bisnes.
==========
5) Kedai Makan & Kedai Runcit
==========
Ini antara sektor kegemaran bisnes bangsa Cina.
Biasanya kedai runcit mereka menjual barang-barang keperluan. Walaupun untungnya kecil, tetapi jumlah pembelian unitnya sentiasa besar dan berkembang.
"Lebih baik untung RM1 setiap hari, berbanding untung RM10 yang kita sendiri susah mahu dapat untungnya."
Untuk kedai makan dan kedai runcit, biasanya kita dapat lihat mereka sewa di lokasi yang berdekatan.
Ada yang sederet dengan blok bangunan yang sama. Namun tetap sama-sama untung.
Ini konsep jemaah bisnes bangsa Cina. Mereka tidak meletakkan racun sesama sendiri. Pegangan mereka terhadap konsep Guanxi (Jemaah) sangat kukuh.
===========
Dapatkan Ramai Pelanggan - Download Audio Strategi Pemasaran SMS Jualan 7 Angka
===========
Bagaimana seorang penulis iklan (copywriter) yang duduk di Malaysia, membantu ratusan anak-anak muridnya menghasilkan nilai jualan 7 angka.
… Hanya menerusi strategi pemasaran SMS.
Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.
"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit."
Jawapan strategi pemasaran SMS yang berkesan ada pada laman web di bawah:
Klik sini --->> http://www.writetowealth.my/strategi-sms
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment