Tuesday, 24 September 2013

Perihal terikut-ikut orang lain.



Sehingga hari ini, saya sudah bertemu dengan ratusan sahabat yang menguruskan bisnes dengan model yang berbeza-beza.

Ada yang:

1) Jual produk kesihatan.

2) Jual produk kecantikan.

3) Jual baju.

4) Jual diri.

5) Jual rumah.

6) Jual kereta.

7) Jual segala macam benda.

... Majoriti sahabat-sahabat ini sudah menjana ratusan ribu hingga jutaan ringgit setiap bulan.

Jika tidak menguruskan nafsu dan akal dengan betul, kita boleh termasuk dalam golongan yang terikut-ikut.

Si A buat bisnes dan beliau berjaya. Kita buat bisnes kerana mahu ikut si A.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, corak kejayaan manusia sentiasa berbeza.

Fokus dan buat apa yang kita mahu buat sahaja.

Walaupun apa yang kita buat itu belum berikan hasil yang sama seperti mereka. Yang penting, kita ada pegangan:

1) Yakin.

2) Percaya ia akan berhasil. Dan buat sehingga ia membuahkan hasil.

Terikut-ikut orang lain boleh makan diri dan memusnahkan kejayaan.

Allah lebih mengetahui.

Mood: Re-align. Re-focus.

No comments:

Post a Comment