Tuesday, 10 December 2013

3 CARA ASAH FOKUS DALAM BISNES

.

Bagaimana untuk kekal fokus dalam bisnes

Mentor bisnes berbangsa Cina menulis,

Kemahiran fokus adalah kemahiran yang fragile (mudah pecah).

Kita terima banyak gangguan apabila menjalankan aktiviti bisnes setiap hari.

Contoh-contoh gangguan adalah:

1) Peluang perniagaan baru.

2) Potensi perniagaan yang kita lihat dari mata kasar.

3) Cerita-cerita kejayaan usahawan dari industri berbeza.

Kemahiran fokus ini penting. Supaya bisnes kita terselamat daripada gangguan-gangguan ini.

Bisnes yang bagus adalah bisnes yang pemiliknya mempunyai kemahiran fokus seperti laser.

Yakni tidak menghiraukan apa sahaja gangguan.

============
3 Cara asah fokus dalam bisnes
============

Jalan terus sahaja. Sehingga capai matlamat itu.

Cara-cara fokus menurut perspektif pakar dari Barat adalah:

1) Melihat impian setiap hari.

2) Tidak buka sebarang emel atau media sosial yang mempunyai pelbagai jenis maklumat setiap pagi.

3) Berkawan dengan jemaah-jemaah bisnes yang saling menepuk bahu kita, kemudian mereka akan berkata, "Tuan, fokus!"

No comments:

Post a Comment