Tuesday, 25 June 2013

3 Tip Jadi Penulis Kaya Raya

Keterujaan yang memuncak sahaja tidak cukup untuk merealisasikan impian insan bagi menjadi seorang penulis berkaliber, buat banyak duit dan berkredibiliti tinggi. Keutamaan utama adalah mempunyai skil yang bagus dalam penulisan.

Berdasarkan pengalaman selama 4 tahun berkecimpung dan hidup dengan perkataan demi perkataan yang dihasilkan, berikut adalah tip simpel yang boleh dipraktikkan. Tujuannya supaya kita boleh menjadi penulis yang konsisten menghasilkan karya-karya berwang (membawa duit masuk ke poket).

Tip 1 – Rancang Kejayaan Diri

“Apakah panggilan dan gelaran yang kita mahukan?”
Merancang kejayaan bermula pada pembentukan jenama diri. Lagi jelas jenama itu, lagi mudah untuk merancakkan lagi kejayaan si penulis. Apakah gelaran yang kita mahukan?
Contoh-contoh gelaran adalah seperti berikut:
  • Penulis buku sejarah Islami.
  • Pakar penulisan bisnes.
  • Jutawan perkataan.
Asas pembentukan jenama diri wujud daripada kepercayaan. Kita percaya kita layak memegang takhta jenama itu. Skripnya seperti, “Aku mahu dikenali sebagai _____________.”

Tip 2 – Belajar Curi Idea Orang Lain

Writers block itu adalah aktiviti yang dibuat-buat, supaya kita ada alasan untuk tidak berkarya atau menulis.”
Ketandusan idea adalah satu masalah yang kuno. Hari ini, limpahan idea sudah tersedia untuk kita hadam. Sebagai contoh, enjin carian seperti Google khususnya sudah membekalkan bilion sumber maklumat.
Kita hanya perlu taip dan akses. 100% percuma. Jika kena bayar, lain ceritanya.

Tip 3 – Tulis Buku

“Tanpa buku, impian menjadi penulis sepenuh masa kurang bermakna.”
Harga diri penulis terletak pada kad bisnes mutlaknya, iaitu buku. Penulis yang tidak ada buku sukar untuk meletakkan harga servis yang tinggi kepada khalayak umum. Buku juga boleh dijadikan satu sumber duit yang lumayan berbentuk royalti.

Parah, Parah, Parah

Jangan sekadar baca dan berharap. Musnahkan dinding dan dialog Mat Jenin yang sekadar berfoya-foya dengan angan-angannya seperti, “Seronoknya hidup sebagai seorang penulis…”
Mula menembusi media saat ini. Boleh mula menulis di blog. Mula merangka kejayaan kita sebagai penulis.
Pengalaman diri sendiri menjelaskan, apabila seseorang itu menguasai dunia penulisan, maka mereka mudah jadi jutawan. Sebab dalam dunia ini, semuanya memerlukan perkataan.

10 Tip Membina Kredibiliti – Buat Sebelum Menjual Ebook (Jika Mahu Jualan Ebook Laku Keras!) Read more: http://aqifazizan.com/10-tip-membina-kredibiliti-buat-sebelum-menjual-ebook-jika-mahu-ebook-laku-keras

Dalam bisnes, kredibiliti adalah kepercayaan. Semakin tinggi kepercayaan pelanggan terhadap bisnes kita, semakin mudah mereka mengeluarkan wang, untuk membeli produk-produk yang kita jual. Situasi ini mempunyai kebenarannya.

Abu merupakan seorang usahawan yang memiliki bisnes membaiki komputer. Beliau memperoleh pelanggan daripada rakan-rakannya. Ini kerana setiap kali beliau berbual-bual dengan mereka, Abu akan berkongsi tip-tip bagi membaiki komputer. Perkongsian ini secara tidak langsung mewujudkan kepercayaan dalam diri rakan-rakan mereka.

Apabila kenalan rakan-rakan Abu mempunyai masalah komputer, mereka terus memberikan nombor Abu untuk dihubungi. Begitulah kaitannya kredibiliti dan kepercayaan.

Tetapi bagaimana untuk kita membina kredibiliti dalam bisnes ebook? Untuk menjana keuntungan jangka masa panjang, kita harus menekankan soal kredibiliti dalam situasi sebelum, semasa dan selepas menjual ebook.

Tetapi dalam entri ini, kita akan belajar 10 tip bagaimana untuk membina kredibiliti, sebelum menjual ebook.

Tip Membina Kredibiliti #1 – Wujudkan Blog (dot) com

Apabila kita berkongsi ilmu dalam industri yang kita ceburi, ia dapat meningkatkan peluang untuk orang ramai mengenali siapa diri kita, dan bisnes yang kita jalankan. Meskipun akses untuk menulis dalam kolum-kolum di majalah tempatan agak terhad, kita boleh gunakan blog sebagai medium baru.

Blog jelas dapat meningkatkan kredibiliti dan mewujudkan kepercayaan pembaca. Penulis sendiri sudah mengalaminya setelah melancarkan ebook ‘7 Hari Siapkan Ebook’. Kebanyakan pembeli adalah daripada pembaca blog ini sendiri.

Tuan dan puan, elakkan daripada mewujudkan blog menggunakan medium percuma seperti blogspot. Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan domain extension .com sendiri.

Tip Membina Kredibiliti #2 – Gunakan Facebook, Cantikkan Dunia Sosial

Pengguna Facebook kini sudah mencecah lebih 500 juta. Kajian juga turut menunjukkan rakyat Malaysia mendominasi sebanyak 8 juta pengguna. Justeru itu, kita boleh ambil peluang untuk membina kredibiliti menerusi ruangan sosial media, tanpa sebarang kos.
Apabila menggunakan Facebook, kita boleh amalkan tip-tip di bawah bagi mencantikkan lagi ruangan sosial 2.0:
  • Kongsi ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang (ebook yang ingin kita jual).
  • Perbanyakkan rakan-rakan di Facebook.
  • Sertai grup-grup yang berkaitan dan kongsi ilmu.
  • Bina hubungan baik secara peribadi bersama rakan-rakan Facebook.

Tip Membina Kredibiliti #3 – Wujudkan Akaun Twitter

Meskipun jumlah pengguna Twitter tidak seramai Facebook, namun penggunaan laman mikro media ini masih relevan untuk kita gunakan. Kebiasannya, pemilik-pemilik blog dan selebriti terkemuka akan mengintegrasikan Facebook dan Twitter. Ini kerana peminat mereka menggunakan medium yang berbeza-beza.
Justeru itu, kita juga harus mewujudkan akaun Twitter. Laman mikro ini dapat membantu membawa pelawat baru daripada sudut lain.

Tip Membina Kredibiliti #4 – Bina Lebih Banyak Social Proof

Secara peribadinya, penulis akan membeli produk sekiranya terdapat testimonial pengguna sebelum ini. Testimonial ini dipanggil social proof. Semakin banyak testimonial ebook kita, semakin tinggi kepercayaan prospek.
Untuk memperoleh testimonial, kita boleh berikan ebook-ebook kita terhadap individu-individu yang sudah pakar dalam industri. Contohnya, kita minta testimonial daripada seorang model, bagi ebook tip-tip kecantikan.

Tip Membina Kredibiliti #5 – Memahami Kemahuan Pembaca

Jangan buat ebook kerana kita seronok menulis ebook. Kebanyakan ebook seperti ini tidak akan berjaya menghasilkan jualan yang laku keras. Kita perlu memahami apakah yang pembaca mahukan terlebih dahulu.
Dengan memahami mereka, ia dapat menjimatkan masa kita untuk merangka penulisan ebook, mengumpul maklumat dan sebagainya. Kajian seperti ini adalah penting, tetapi majoriti penulis ebook tidak melakukannya.

Tip Membina Kredibiliti #6 – Jangan Segan dan Malu Untuk Promosi

Sebelum menjual ebook, jangan segan untuk belajar teknik-teknik jualan dan promosi. Bagi pemula, kita harus sedar kita tidak mempunyai agen-agen yang akan mempromosikan ebook, melainkan diri kita sendiri.
Justeru itu, kita perlu tebalkan muka untuk keluar daripada kepompong. Anggaplah produk itu sebagai diri kita, supaya kita dapat berbangga dengan ebook yang kita hasilkan.
Penulis pernah dinasihati, apabila kita malu menjual ebook sendiri, maka itu menjelaskan ebook kita belum cukup bagus. Jadi, jangan jual sekiranya kita tidak yakin dengan kualiti ebook sendiri.

Tip Membina Kredibiliti #7 – Sentiasa Perbaharui Ilmu

Ilmu itu ada di mana-mana dan tidak akan berakhir, melainkan kita sudah tiada di muka bumi. Jangan sesekali rasakan diri kita sudah cukup ilmu dalam bidang yang kita ceburi. Perbuatan ini hanya melambatkan proses kejayaan.
Sentiasa gunakan wang keuntungan bagi menambahkan ilmu dalam industri. Dengan ini, kita dapat menyampaikan ilmu yang lebih baik, teliti dan berkualiti untuk pembaca.
Semakin tinggi nilai ilmu, semakin tinggi harga yang boleh kita caj.

Tip Membina Kredibiliti #8 – Cipta Strategi Pemasaran 7 Hari

Sebelum menjual ebook, pastikan kita sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti pemasaran. Bagi tahap permulaan, wujudkan strategi pemasaran untuk jangka masa singkat dahulu. Kemudian kaji dan lihat strategi yang berkesan.
Apabila sudah jumpa strategi yang berkesan, ulang sahaja taktik itu berkali-kali. Insya Allah ia akan memberikan hasil yang sama.

Tip Membina Kredibiliti #9 – Tambah Ilmu (Sekali Lagi)

Apabila kita sudah puas menelaah ilmu menerusi buku-buku, laman web atau blog, laburkan wang kita untuk hadirkan diri ke seminar, atau bengkel. Dengan ini, kita dapat jumpa orang yang lebih hebat dalam industri.
Selain daripada menambah ilmu apabila berkomunikasi dengan mereka, kita juga boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya, temubual eksklusif, personal coaching, atau menulis buku / ebook bersama.

Tip Membina Kredibiliti #10 – Jangan Mengaku Kalah

“You only fail when you give up” – Glen Allsop, Viperchill.com
Hanya orang yang mengaku kalah sahaja adalah orang yang gagal. Jika tuan dan puan inginkan inspirasi, boleh lihat blog Aqif Azizan (dot) com ini. Penulis membina kredibiliti dalam tempoh berbulan-bulan, menerbitkan entri yang berkualiti berkaitan dengan industri ebook secara berjadual dan banyak lagi.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan kepercayaan dan membina kredibiliti. Kerana ia dapat memberi keuntungan jangka masa panjang.
Atau jika tuan dan puan mahukan inspirasi tanpa henti, boleh dapatkan ebook ‘7 Hari Siapkan Ebook’ hari ini.

3 Bom Jangka Jurujual Jutawan



Entri-entri sebelum ini hanya cerita tentang "Good Story" tentang jurujual (salesman).

Kali ini, ia berkaitan dengan bom jangka.

Ada 3 bom jangka yang penting untuk seseorang jurujual jutawan fahami dan hadapi apabila berada di medan perang.

… Iaitu ketika kita sedang melakukan aktiviti menjual.

Berikut adalah bom-bom jangkanya,

---
Bom 1 - Pelanggan menyirap.

Tersilap aktiviti, jurujual boleh mati.

Mati emosi apabila pelanggan menyuarakan suara bahawa mereka benci dengan aktiviti yang kita lakukan.

Bom jangka ini biasa berlaku terhadap jurujual yang obses melakukan SPAM.

SPAM adalah perbuatan tidak beretika yang dilakukan tanpa minta izin pelanggan.

Seperti mesej di inbox dan terus beritahu, "Tolong beri produk saya."

---
Bom 2 - Jualan kemut lagi kedekut.

Walaupun kita sudah berusaha keras, namun poket pelanggan tetap tidak mahu keluar.

Bom jangka ini akan menyebabkan momentum kita turun dengan drastik.

Cara mengatasinya dengan mudah adalah menghargai kejayaan-kejayaan kecil.

Sekurang-kurangnya kita raikan setiap tindakan yang telah dilakukan.

Kerana ramai di luar sana (selain kita) yang hanya sekadar berdoa dan menanti duit jatuh ke riba.

---
Bom 3 - Pelanggan merayu-rayu

Kebanyakan masa, Allah turunkan rezeki berganda.

Rezeki yang tidak disangka-sangka.

Contohnya, baru 1 kempen sahaja dijalankan, pelanggan terus datang mencurah-curah.

Mereka berkata, "Awak, tolonglah berikan saya akaun bank. Saya mahu bagi duit dan dapatkan produk."

---
Bagaimana buat bom jangka 3 ini berlaku berkali-kali?

Monday, 24 June 2013

Berkenaan isu bisnes syariah-compliant.


Mentor saya berpesan, "Jangan buat bisnes yang memerlukan kita membuka aib atau aurat orang lain."

Sebagai contoh, iklan yang memaparkan aurat wanita dan sebagainya.

Walaupun itu bukan gambar kita. Namun kita bertanggungjawab di atas penyebarannya.

Nampak seperti isu kecil, namun besar azabnya di akhirat kelak.

Ya Allah. Lindungi aku daripada perbuatan ini. Amin Ya Rabb.

5 Ubat mujarab untuk tingkatkan jualan:


1) Berhenti daripada lakukan kempen pemasaran dan jualan sedia ada.

2) Lihat kembali kempen-kempen yang kita sudah gunakan sebelum ini.

3) Kaji dan selidik kempen yang berikan pulangan memberangsangkan.

4) Guna semula kempen itu.

5) Besarkan skala (laburkan duit untuk "expand" dan "reach" kepada sasaran pelanggan yang lebih besar).

Untuk soalan ke dua (2), bagaimana untuk tahu keberkesanan kempen?

Itu sebab pentingnya untuk wujudkan setiap kod dalam kempen.

---
Semudah-mudah begini:

1) KOD01 - Jumlah pelanggan yang membeli berdasarkan kempen ini: 10 orang.

2) KOD02 - Jumlah pelanggan yang membeli berdasarkan kempen ini: 30 orang.

Maka gunakan kempen KOD02 untuk diluaskan lagi pengaruhnya.

Soalan seterusnya, bagaimana untuk hasilkan kempen pemasaran & jualan yang berpengaruh?

Yakni membuatkan pelanggan faham, teruja dan seronok mahu bagi duit kepada kita?

Jawapannya, ada dalam pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat."

3 Tip jurujual jutawan.



Sebagai jurujual berpengaruh,
kita menggunakan pendekatan tanam, siram dan tuai.

1) Tanam.

... Kita sedut ilmu daripada jurujual berpengaruh sedia ada.

Sama ada menerusi buku, seminar, ebook, coaching dan sewaktu dengannya. Apabila benih yang ditanam dalam fikiran itu betul, maka potensinya untuk berjaya lebih tinggi.

2) Siram.

... Latihan + konsistensi.

Aktiviti menjual menerusi perkataan-perkataan berpengaruh adalah latihan berterusan.

Sekali tidak jadi, tidak perlu berhenti.

Teruskan menulis ayat-ayat yang pelanggan mahu baca.

3) Tuai.

... Orang yang berusaha, pasti Allah balas usahanya.

Apabila seorang jurujual itu mempunyai ilmu, keyakinan dan tindakan yang istiqamah, maka peluang untuk mereka sedut duit daripada poket pelanggan lebih tinggi.

---
Strategi tanam skil jadi jurujual berpengaruh.

Pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat" adalah pakej ilmu yang membantu para usahawan dan jurujual online + offline untuk:

1) Tingkatkan jualan dengan skrip berkesan.

2) Buat pelanggan suka bagi duit.

3) Buat jurujual itu semakin kaya dan bahagia (kerana berjaya bantu orang ramai di luar sana).

Tip jurujual jutawan.



Sebagai jurujual, ayat pertama yang keluar daripada mulut adalah kritikal.

Bukan sahaja di mulut, malah turut sama di Facebook.

Dalam masa kurang 7 saat, prospek akan mempunyai dua jenis persepsi:

1) Persepsi takut.

(Kerana mereka beranggapan kita mahu ambil duit mereka dengan kejam).

2) Persepsi gembira.

(Kerana mereka faham dan tahu bahawa kita mahu hulurkan bantuan).

… Bagi mencipta persepsi dan respon yang kedua (2), maka strategi yang sesuai adalah:

===
Teknik Cangkuk Manfaat
===

Teknik cangkuk manfaat ini adalah teknik yang fokus ayatnya kepada pelanggan.

Kita tahu apa yang pelanggan mahu. Kemudian kita sebut atau tulis ayat itu.

Sebagai contoh, kita menjual produk kuruskan badan.

1) Skrip yang pertama, "Saya jual produk kuruskan badan."

(Ini akan wujudkan persepsi yang pertama iaitu takut dalam diri pelanggan.)

2) Skrip yang kedua, "Saya bantu orang ramai untuk turunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 minggu, tanpa perlu tinggalkan makanan kegemaran."

(Skrip yang wujudkan rasa gembira).

===
Cangkuk Perhatian Pelanggan Dengan Skrip (2)
===

… Apabila pelanggan faham dan tahu apa yang mereka dapat, maka proses menjual produk bertukar jadi lebih mudah.

Langkah seterusnya adalah mempunyai kemahiran untuk kunci duit mereka.

Iaitu kemahiran untuk "close-sales."

Dalam pakej ilmu, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat", kita akan tahu teknik mudah untuk buatkan pelanggan bagi duit dengan cepat.

(Tanpa buat mereka rasa terpaksa).



Apa saya belajar hari ini?

100% komitmen.

Buat apa sahaja (bisnes, menulis, mengorat awek dan sewaktu dengannya).

Tiada komitmen, tiada peluang untuk berjaya.

Klik sini --->> http://www.writetowealth.my/teknik-jual-berkesan




5 Teknik gali keperluan pelanggan.

oleh: Aqif Azizan

… Sebelum cipta skrip jualan kepada pelanggan, prioriti utama sebagai jurujual jutawan adalah kenal pasti dua perkara:

1) Apa yang pelanggan mahu.

2) Apa yang pelanggan perlu.

Dalam seni menulis ayat menjual, kita tidak perlu tulis ayat hype atau bombastik.

Cukup sekadar tulis ayat-ayat yang mereka nantikan. Sebagai contoh, orang yang mahu kuruskan badan sahaja yang tertarik dengan perkataan-perkataan seperti:

+ Teknik kuruskan badan.

+ Cerita bagaimana seorang yang dahulunya gemuk kini sudah kurus.

Terdapat 5 teknik untuk gali keperluan dan kemahuan pelanggan, tanpa sebarang kos.

Teknik itu adalah:

1) Gali dengan pertanyaan.

… Jumpa dengan pelanggan kita, tanya apa masalah dan jalan penyelesaian yang mereka cari.

2) Gali forum.

… Forum adalah tempat komuniti tertentu untuk bertanyakan soalan yang spesifik.

Ia boleh dijadikan tempat untuk kita gali dan kumpulkan seberapa banyak persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.

3) Gali Facebook.

… 28 juta pengguna Facebook (Malaysia) sudah berada dalam laman sosial ini.

Tugas kita adalah melakukan survey-survey ringkas dengan bertanyakan soalan seperti,

"Apakah masalah yang dihadapi oleh tuan puan yang berimpian untuk kuruskan badan?"

Setiap jawapan itu adalah lubuk emas untuk kita.

4) Gali buku.

… Laburkan masa untuk pergi ke mana-mana kedai buku atau perpustakaan.

Cari buku berkaitan dengan pasaran kita. Lihat tajuk-tajuk buku itu.

Daripada tajuk, kita akan dapat signal-signal keperluan dan kemahuan pelanggan.

5) Gali sistem Google.

… Google menyediakan beberapa sistem yang bagus untuk jurujual jutawan.

Sebagai contoh, Google Keyword Tools menyediakan jumlah carian untuk kata kunci tertentu yang pelanggan kita cari setiap bulan.

Setiap kata kunci itu adalah "lubuk emas yang lumayan."

---
Langkah seterusnya?

… Apabila kita sudah kenal pasti dan kemahuan pelanggan, langkah seterusnya adalah melakukan strategi, "Deploy Sales Script."

Iaitu menstrukturkan ayat jualan yang berpengaruh.

Sehingga menyebabkan pelanggan suka dan bahagia untuk bagi kita banyak duit.

(Tanpa rasa terpaksa).

Teknik itu diajar dalam pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat."