Tuesday, 25 June 2013

3 Bom Jangka Jurujual Jutawan



Entri-entri sebelum ini hanya cerita tentang "Good Story" tentang jurujual (salesman).

Kali ini, ia berkaitan dengan bom jangka.

Ada 3 bom jangka yang penting untuk seseorang jurujual jutawan fahami dan hadapi apabila berada di medan perang.

… Iaitu ketika kita sedang melakukan aktiviti menjual.

Berikut adalah bom-bom jangkanya,

---
Bom 1 - Pelanggan menyirap.

Tersilap aktiviti, jurujual boleh mati.

Mati emosi apabila pelanggan menyuarakan suara bahawa mereka benci dengan aktiviti yang kita lakukan.

Bom jangka ini biasa berlaku terhadap jurujual yang obses melakukan SPAM.

SPAM adalah perbuatan tidak beretika yang dilakukan tanpa minta izin pelanggan.

Seperti mesej di inbox dan terus beritahu, "Tolong beri produk saya."

---
Bom 2 - Jualan kemut lagi kedekut.

Walaupun kita sudah berusaha keras, namun poket pelanggan tetap tidak mahu keluar.

Bom jangka ini akan menyebabkan momentum kita turun dengan drastik.

Cara mengatasinya dengan mudah adalah menghargai kejayaan-kejayaan kecil.

Sekurang-kurangnya kita raikan setiap tindakan yang telah dilakukan.

Kerana ramai di luar sana (selain kita) yang hanya sekadar berdoa dan menanti duit jatuh ke riba.

---
Bom 3 - Pelanggan merayu-rayu

Kebanyakan masa, Allah turunkan rezeki berganda.

Rezeki yang tidak disangka-sangka.

Contohnya, baru 1 kempen sahaja dijalankan, pelanggan terus datang mencurah-curah.

Mereka berkata, "Awak, tolonglah berikan saya akaun bank. Saya mahu bagi duit dan dapatkan produk."

---
Bagaimana buat bom jangka 3 ini berlaku berkali-kali?

No comments:

Post a Comment