Dalam bisnes, kredibiliti adalah kepercayaan. Semakin tinggi
kepercayaan pelanggan terhadap bisnes kita, semakin mudah mereka
mengeluarkan wang, untuk membeli produk-produk yang kita jual. Situasi
ini mempunyai kebenarannya.
Abu merupakan seorang usahawan yang memiliki bisnes membaiki komputer. Beliau memperoleh pelanggan daripada rakan-rakannya. Ini kerana setiap kali beliau berbual-bual dengan mereka, Abu akan berkongsi tip-tip bagi membaiki komputer. Perkongsian ini secara tidak langsung mewujudkan kepercayaan dalam diri rakan-rakan mereka.
Apabila kenalan rakan-rakan Abu mempunyai masalah komputer, mereka terus memberikan nombor Abu untuk dihubungi. Begitulah kaitannya kredibiliti dan kepercayaan.
Tetapi bagaimana untuk kita membina kredibiliti dalam bisnes ebook? Untuk menjana keuntungan jangka masa panjang, kita harus menekankan soal kredibiliti dalam situasi sebelum, semasa dan selepas menjual ebook.
Tetapi dalam entri ini, kita akan belajar 10 tip bagaimana untuk membina kredibiliti, sebelum menjual ebook.
Blog jelas dapat meningkatkan kredibiliti dan mewujudkan kepercayaan pembaca. Penulis sendiri sudah mengalaminya setelah melancarkan ebook ‘7 Hari Siapkan Ebook’. Kebanyakan pembeli adalah daripada pembaca blog ini sendiri.
Tuan dan puan, elakkan daripada mewujudkan blog menggunakan medium percuma seperti blogspot. Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan domain extension .com sendiri.
Apabila menggunakan Facebook, kita boleh amalkan tip-tip di bawah bagi mencantikkan lagi ruangan sosial 2.0:
Justeru itu, kita juga harus mewujudkan akaun Twitter. Laman mikro ini dapat membantu membawa pelawat baru daripada sudut lain.
Untuk memperoleh testimonial, kita boleh berikan ebook-ebook kita terhadap individu-individu yang sudah pakar dalam industri. Contohnya, kita minta testimonial daripada seorang model, bagi ebook tip-tip kecantikan.
Dengan memahami mereka, ia dapat menjimatkan masa kita untuk merangka penulisan ebook, mengumpul maklumat dan sebagainya. Kajian seperti ini adalah penting, tetapi majoriti penulis ebook tidak melakukannya.
Justeru itu, kita perlu tebalkan muka untuk keluar daripada kepompong. Anggaplah produk itu sebagai diri kita, supaya kita dapat berbangga dengan ebook yang kita hasilkan.
Penulis pernah dinasihati, apabila kita malu menjual ebook sendiri, maka itu menjelaskan ebook kita belum cukup bagus. Jadi, jangan jual sekiranya kita tidak yakin dengan kualiti ebook sendiri.
Sentiasa gunakan wang keuntungan bagi menambahkan ilmu dalam industri. Dengan ini, kita dapat menyampaikan ilmu yang lebih baik, teliti dan berkualiti untuk pembaca.
Semakin tinggi nilai ilmu, semakin tinggi harga yang boleh kita caj.
Apabila sudah jumpa strategi yang berkesan, ulang sahaja taktik itu berkali-kali. Insya Allah ia akan memberikan hasil yang sama.
Selain daripada menambah ilmu apabila berkomunikasi dengan mereka, kita juga boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya, temubual eksklusif, personal coaching, atau menulis buku / ebook bersama.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan kepercayaan dan membina kredibiliti. Kerana ia dapat memberi keuntungan jangka masa panjang.
Atau jika tuan dan puan mahukan inspirasi tanpa henti, boleh dapatkan ebook ‘7 Hari Siapkan Ebook’ hari ini.
Abu merupakan seorang usahawan yang memiliki bisnes membaiki komputer. Beliau memperoleh pelanggan daripada rakan-rakannya. Ini kerana setiap kali beliau berbual-bual dengan mereka, Abu akan berkongsi tip-tip bagi membaiki komputer. Perkongsian ini secara tidak langsung mewujudkan kepercayaan dalam diri rakan-rakan mereka.
Apabila kenalan rakan-rakan Abu mempunyai masalah komputer, mereka terus memberikan nombor Abu untuk dihubungi. Begitulah kaitannya kredibiliti dan kepercayaan.
Tetapi bagaimana untuk kita membina kredibiliti dalam bisnes ebook? Untuk menjana keuntungan jangka masa panjang, kita harus menekankan soal kredibiliti dalam situasi sebelum, semasa dan selepas menjual ebook.
Tetapi dalam entri ini, kita akan belajar 10 tip bagaimana untuk membina kredibiliti, sebelum menjual ebook.
Tip Membina Kredibiliti #1 – Wujudkan Blog (dot) com
Apabila kita berkongsi ilmu dalam industri yang kita ceburi, ia dapat meningkatkan peluang untuk orang ramai mengenali siapa diri kita, dan bisnes yang kita jalankan. Meskipun akses untuk menulis dalam kolum-kolum di majalah tempatan agak terhad, kita boleh gunakan blog sebagai medium baru.Blog jelas dapat meningkatkan kredibiliti dan mewujudkan kepercayaan pembaca. Penulis sendiri sudah mengalaminya setelah melancarkan ebook ‘7 Hari Siapkan Ebook’. Kebanyakan pembeli adalah daripada pembaca blog ini sendiri.
Tuan dan puan, elakkan daripada mewujudkan blog menggunakan medium percuma seperti blogspot. Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan domain extension .com sendiri.
Tip Membina Kredibiliti #2 – Gunakan Facebook, Cantikkan Dunia Sosial
Pengguna Facebook kini sudah mencecah lebih 500 juta. Kajian juga turut menunjukkan rakyat Malaysia mendominasi sebanyak 8 juta pengguna. Justeru itu, kita boleh ambil peluang untuk membina kredibiliti menerusi ruangan sosial media, tanpa sebarang kos.Apabila menggunakan Facebook, kita boleh amalkan tip-tip di bawah bagi mencantikkan lagi ruangan sosial 2.0:
- Kongsi ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang (ebook yang ingin kita jual).
- Perbanyakkan rakan-rakan di Facebook.
- Sertai grup-grup yang berkaitan dan kongsi ilmu.
- Bina hubungan baik secara peribadi bersama rakan-rakan Facebook.
Tip Membina Kredibiliti #3 – Wujudkan Akaun Twitter
Meskipun jumlah pengguna Twitter tidak seramai Facebook, namun penggunaan laman mikro media ini masih relevan untuk kita gunakan. Kebiasannya, pemilik-pemilik blog dan selebriti terkemuka akan mengintegrasikan Facebook dan Twitter. Ini kerana peminat mereka menggunakan medium yang berbeza-beza.Justeru itu, kita juga harus mewujudkan akaun Twitter. Laman mikro ini dapat membantu membawa pelawat baru daripada sudut lain.
Tip Membina Kredibiliti #4 – Bina Lebih Banyak Social Proof
Secara peribadinya, penulis akan membeli produk sekiranya terdapat testimonial pengguna sebelum ini. Testimonial ini dipanggil social proof. Semakin banyak testimonial ebook kita, semakin tinggi kepercayaan prospek.Untuk memperoleh testimonial, kita boleh berikan ebook-ebook kita terhadap individu-individu yang sudah pakar dalam industri. Contohnya, kita minta testimonial daripada seorang model, bagi ebook tip-tip kecantikan.
Tip Membina Kredibiliti #5 – Memahami Kemahuan Pembaca
Jangan buat ebook kerana kita seronok menulis ebook. Kebanyakan ebook seperti ini tidak akan berjaya menghasilkan jualan yang laku keras. Kita perlu memahami apakah yang pembaca mahukan terlebih dahulu.Dengan memahami mereka, ia dapat menjimatkan masa kita untuk merangka penulisan ebook, mengumpul maklumat dan sebagainya. Kajian seperti ini adalah penting, tetapi majoriti penulis ebook tidak melakukannya.
Tip Membina Kredibiliti #6 – Jangan Segan dan Malu Untuk Promosi
Sebelum menjual ebook, jangan segan untuk belajar teknik-teknik jualan dan promosi. Bagi pemula, kita harus sedar kita tidak mempunyai agen-agen yang akan mempromosikan ebook, melainkan diri kita sendiri.Justeru itu, kita perlu tebalkan muka untuk keluar daripada kepompong. Anggaplah produk itu sebagai diri kita, supaya kita dapat berbangga dengan ebook yang kita hasilkan.
Penulis pernah dinasihati, apabila kita malu menjual ebook sendiri, maka itu menjelaskan ebook kita belum cukup bagus. Jadi, jangan jual sekiranya kita tidak yakin dengan kualiti ebook sendiri.
Tip Membina Kredibiliti #7 – Sentiasa Perbaharui Ilmu
Ilmu itu ada di mana-mana dan tidak akan berakhir, melainkan kita sudah tiada di muka bumi. Jangan sesekali rasakan diri kita sudah cukup ilmu dalam bidang yang kita ceburi. Perbuatan ini hanya melambatkan proses kejayaan.Sentiasa gunakan wang keuntungan bagi menambahkan ilmu dalam industri. Dengan ini, kita dapat menyampaikan ilmu yang lebih baik, teliti dan berkualiti untuk pembaca.
Semakin tinggi nilai ilmu, semakin tinggi harga yang boleh kita caj.
Tip Membina Kredibiliti #8 – Cipta Strategi Pemasaran 7 Hari
Sebelum menjual ebook, pastikan kita sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti pemasaran. Bagi tahap permulaan, wujudkan strategi pemasaran untuk jangka masa singkat dahulu. Kemudian kaji dan lihat strategi yang berkesan.Apabila sudah jumpa strategi yang berkesan, ulang sahaja taktik itu berkali-kali. Insya Allah ia akan memberikan hasil yang sama.
Tip Membina Kredibiliti #9 – Tambah Ilmu (Sekali Lagi)
Apabila kita sudah puas menelaah ilmu menerusi buku-buku, laman web atau blog, laburkan wang kita untuk hadirkan diri ke seminar, atau bengkel. Dengan ini, kita dapat jumpa orang yang lebih hebat dalam industri.Selain daripada menambah ilmu apabila berkomunikasi dengan mereka, kita juga boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya, temubual eksklusif, personal coaching, atau menulis buku / ebook bersama.
Tip Membina Kredibiliti #10 – Jangan Mengaku Kalah
“You only fail when you give up” – Glen Allsop, Viperchill.com
Hanya orang yang mengaku kalah sahaja adalah orang yang gagal. Jika
tuan dan puan inginkan inspirasi, boleh lihat blog Aqif Azizan (dot) com
ini. Penulis membina kredibiliti dalam tempoh berbulan-bulan,
menerbitkan entri yang berkualiti berkaitan dengan industri ebook secara
berjadual dan banyak lagi.Tujuannya adalah untuk mewujudkan kepercayaan dan membina kredibiliti. Kerana ia dapat memberi keuntungan jangka masa panjang.
Atau jika tuan dan puan mahukan inspirasi tanpa henti, boleh dapatkan ebook ‘7 Hari Siapkan Ebook’ hari ini.
No comments:
Post a Comment