Monday, 30 September 2013

Cara dapatkan nombor telefon pelanggan, supaya lebih mudah tingkatkan jualan.



Semalam, Tuan Guru Faisal Abdullah berkongsi teknik yang saya tulis kepada 19,000 subscriber e-mel beliau.

Saya percaya, tidak semua sahabat Facebook di sini menjadi subscriber beliau.

Cara untuk jadi subscriber emel Tuan Faisal Abdullah, dan dapatkan ratusan tip pemasaran secara berperingkat, klik sahaja laman web di bawah:

Sini ya --> http://www.nasihatniaga.com/

(Tulis nama dan emel dalam ruangan yang disediakan dalam laman web itu)

Ini adalah teknik yang saya kongsikan kepada 19,000 subscriber:

==============
Cara dapatkan nombor telefon pelanggan, supaya lebih mudah tingkatkan jualan.
==============

Nombor telefon pelanggan adalah data yang paling berharga dalam bisnes kita.

Apabila ada nombor pelanggan, kita berpeluang untuk "direct contact". Iaitu berhubung terus dengan mereka tanpa perlu melepasi sebarang dinding-dinding lain.

Besarnya impak nombor pelanggan ini, sehinggakan ada yang mewujudkan bisnes menjual data pelanggan dan kaut jutaan ringgit.

Orang sanggup keluarkan banyak duit untuk beli maklumat pelanggan.

Justeru itu, nombor pelanggan adalah aset. Proses dan strategi untuk dapatkan nombor pelanggan pula adalah pelaburan.

Contoh pelaburan itu adalah:

1) Kita keluarkan bajet untuk Facebook Ads.

2) Kita buat satu kempen khas.

Matlamat kempen hanya satu: Mahu dapat seberapa banyak nombor telefon pelanggan yang mungkin dengan cara yang sah.

3) Nombor pelanggan itu akan disimpan dan kempen membina hubungan yang baik dengan mereka bermula secara berperingkat.

=================
Apakah Ayat Sesuai?
=================

Percuma.

Bagi barang percuma kepada pelanggan, sebagai pertukaran nombor telefon.

Percuma bukan bermakna barang bodoh, busuk dan buruk.

Percuma adalah barang yang membuatkan pelanggan berkata, "Sepatutnya aku kena bayar untuk dapatkan benda ini."

Perkataan percuma ini mahal nilainya. Satu ujikaji terhadap perkataan percuma yang digunakan dalam kempen pemasaran, telah berjaya melonjakkan conversion rate sehingga 31.54%.

Contohnya:

1) Percuma 5 jenis ayat close-deal berkesan yang jarang orang guna.

2) Percuma rasa masakan kami pada setiap hari Sabtu.

3) Percuma 5 jenis lokasi memancing kolam air tawar di kawasan Selangor.

Gunakan perkataan percuma, untuk buatkan pelanggan bersetuju berikan nombor telefon mereka kepada kita.

Contoh?

"Percuma 5 jenis ayat close-deal berkesan yang jarang orang guna. SMS 012 2345678 untuk dapatkan 5 ayat ini sekarang.'

Perkataan "Percuma" dapat meningkatkan 31.54% potensi untuk kita miliki aset bisnes. Iaitu nombor telefon pelanggan.

==========
Download - Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka
==========

Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan SMS untuk:

1) Tingkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan.

2) Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon, dan buatkan mereka seronok mahu membeli.

3) Membuatkan pelanggan percaya dan yakin serta merta, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS.

Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.

Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.

"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit."

- Juniper Research.

Klik laman web di bawah untuk pembelian secara online:

=======
Klik sini -->> http://www.writetowealth.my/strategi-sms
=======

Kuota download audio ini adalah terhad.

Sunday, 29 September 2013

"Kekuatan bisnes Cina terletak pada Guanxi."

Mentor bisnes Cina menulis,

"Kekuatan bisnes Cina terletak pada Guanxi."

Guanxi adalah ikatan dan keakraban atas dasar hubungan keluarga, puak atau tempat kelahiran. Ia berlaku apabila ada perasaan senasib di lokasi perantauan.

Guanxi ini yang menyatukan pemilik-pemilik bisnes untuk bergerak secara berjemaah apabila setiap seorang memulakan perniagaan.

Guanxi terbentuk secara tidak dirancang di Jakarta, Singapura dan Hong Kong. Ia adalah kerjasama neutral dan dipersetujui bersama.

Jenis-jenis sokongan berjemaah yang mereka berikan adalah dari sudut:

1) Modal duit.

2) Modal usaha.

3) Modal kerjasama.

4) Modal motivasi.

Guanxi ini yang menjadikan cashflow bisnes-bisnes orang Cina sentiasa berada pada paras tertinggi. Mereka tidak mencekik sesama sendiri.

Guanxi adalah konsep jemaah yang mahal.

Tuesday, 24 September 2013

Business is about SPEED & ACCURACY? Setuju?


Tahu tak..Perkara yang PALING SIA-SIA seorang businessman buat adalah...
TERLEBIH FOKUS pada PERKARA REMEH-TEMEH dan 'stuck' pada tugasan operation/administration..

Anda sebagai pemilik bisnes sepatutnya lebihkan fokus kepada MARKETING & NETWORKING. Jangan buat kerja2 admin (seperti buat kira2, check untung/rugi) secara manual jika anda boleh outsource.

Siapa tahu, semasa anda fokus buat kira2, pesaing anda yang jual produk sama dah dapat 5 PELANGGAN sebab mereka ada lebih masa untuk fokus pada MARKETING.

Ok, sekarang..jika anda SERIUS tentang bisnes anda, saya ingin tawarkan satu sistem automasi yang telah membantu saya mengurangkan 90% masa bekerja saya & meningkatkan 90% produktiviti bisnes saya.

Sistem yang boleh mengurus semua kerja-kerja management bisnes anda.. jadi anda tidak perlu bazirkan masa berharga anda membuat kerja2 remeh.

Klik pada link di bawah untuk info lanjut:

http://www.sistempengurusanbisnes.com/hop.php?ref=kncreativ

Perihal terikut-ikut orang lain.



Sehingga hari ini, saya sudah bertemu dengan ratusan sahabat yang menguruskan bisnes dengan model yang berbeza-beza.

Ada yang:

1) Jual produk kesihatan.

2) Jual produk kecantikan.

3) Jual baju.

4) Jual diri.

5) Jual rumah.

6) Jual kereta.

7) Jual segala macam benda.

... Majoriti sahabat-sahabat ini sudah menjana ratusan ribu hingga jutaan ringgit setiap bulan.

Jika tidak menguruskan nafsu dan akal dengan betul, kita boleh termasuk dalam golongan yang terikut-ikut.

Si A buat bisnes dan beliau berjaya. Kita buat bisnes kerana mahu ikut si A.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, corak kejayaan manusia sentiasa berbeza.

Fokus dan buat apa yang kita mahu buat sahaja.

Walaupun apa yang kita buat itu belum berikan hasil yang sama seperti mereka. Yang penting, kita ada pegangan:

1) Yakin.

2) Percaya ia akan berhasil. Dan buat sehingga ia membuahkan hasil.

Terikut-ikut orang lain boleh makan diri dan memusnahkan kejayaan.

Allah lebih mengetahui.

Mood: Re-align. Re-focus.

Saturday, 21 September 2013

---> Kepentingan "Jentik" Emosi Pelanggan



Jangan jual Produk!
Jangan Jual Produk!
Jangan jual Produk!

TAPI...

Jual manfaat produk,
Jual ketakutan,
Jual impian
kepada targeted prospek anda.

Bagaimana?
semuanya hanya boleh dihasilkan dengan
penulisan ayat jualan ATAU copywriting yang
mampu "menjentik" emosi prospek anda.

80% manusia membeli kerana emosi.
Emosi manusia adalah berkait rapat dengan Minda Separa Sedar (MSS).
Logik manusia pula adalah Minda sedar(MS).

Logik manusia,adalah musuh kepada minda separa
sedar kerana Minda sedar ini, lebih banyak menghasilkan
bantahan terhadap apa yang dikatakan oleh jurual

Jurujual yang hebat adalah jurujual yang
mampu mencantas minda logik manusia. Sekaligus
mampu biarkan MSS ini kekal aktif. Sehinggalah
prospek anda tidak sabar memberikan duit kepada
anda.

Pelanggan happy anda lebih happy

Berniaga di internet MEMAKSA
anda untuk menjadi pakar menulis ayat jualan,
kerana anda seorang sahaja yang faham
dan tahu manfaat yang bakal pelanggan anda
perolehi jika miliki produk anda.

----
Mahukah anda kuasai Emosi pelanggan
dan tingkatkan jualan produk anda?

Friday, 20 September 2013

3 Teknik Pre-sell Guna SMS Marketing.



Pre-sell adalah teknik yang digunakan untuk panaskan enjin emosi pelanggan.

Tidak semua pelanggan mempunyai gaya fikir seperti, "Aku mahu terus beli produk ini sekarang."
Majoriti pelanggan mempunyai sifat was-was atau takut untuk membeli dengan kadar yang segera.

Faktor ini berpunca daripada:

1) Kepercayaan terhadap si penjual.

2) Lambakan produk yang sama dalam pasaran.

3) Terlalu ramai agen produk memberikan tawaran yang serupa.

Cara untuk pikat hati pelanggan supaya membeli dengan kita adalah menerusi teknik "pre-sell SMS."

Kita akan panaskan enjin kepercayaan. Kemudian bina kredibiliti. Akhir sekali, baru mereka sendiri rela hati untuk bagi duit.

==============
3 Langkah Pre-sell SMS
==============

Apabila melakukan strategi ini, kita bermula sebagai seorang pemberi.

Kita yakin dan percaya, bahawa pelanggan akan membeli dengan kita sekiranya kita memberikan mereka sesuatu.

Untuk memudahkan pemahaman, kita ambil produk Susu Kambing ABC sebagai contoh.

Jika ada 1,000 orang agen yang menjual Susu Kambing ABC di Facebook, adakah pelanggan mempunyai sebarang tekanan pembelian?

Jawapannya, ada. Pelanggan akan pening kepala untuk memilih agen yang sesuai.

Dalam strategi pre-sell SMS, kita membantu pelanggan untuk melakukan pembelian segera.

Dalam kes Susu Kambing ABC, kita gunakan pendekatan low-risk buying decision.

==============
Sebagai contoh:
==============

"Jika Susu Kambing ABC berharga RM30 satu pek, maka kita rendahkan risiko si pelanggan dengan memberikan harga sampel RM10."

Untuk itu, apabila mahu tulis mesej pre-sell SMS di ruangan iklan, kita boleh tulis begini:

"Dapatkan sampel Susu Kambing ABC (3 sachet) dengan harga RM10 sahaja. SMS <SAMPELABC> ke nombor 012 345 6789 untuk dapatkan cara pembelian."

==============
5 Poin Penting Pre-sell SMS
==============

1) Pelanggan suka dengan pembelian risiko rendah, khususnya apabila mereka pertama kali berurusan dengan pembeli.

2) Menjual menggunakan teknik pre-sell SMS adalah pelan perancangan keuntungan untuk jangka masa panjang.

3) Sediakan skrip untuk balas semula respon daripada pembeli.

4) Pastikan skrip seterusnya membekalkan nombor akaun bank yang lengkap (Contoh: Maybank - 1234567891011 (Muhammad Aqif)).

5) Simpan data pelanggan supaya kita dapat kaut keuntungan di masa akan datang.

==========
Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka
==========

Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan telefon atau SMS, untuk:

1) Meningkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan.

2) Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon.

3) Membuatkan pelanggan percaya dan yakin, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS.

Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.

"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit."

- Juniper Research.