Saturday, 20 July 2013

Tentang pasaran tepu....



Apabila pasaran sudah sesak dengan pemain-pemain sedia ada, patutkah kita masuki juga?

Ada 2 pendapat:

1. Jangan masuki pasaran yang sudah tepu

Pendapat ini mengatakan kita tidak patut menawarkan produk ataupun servis yang sudah terlalu banyak pemain di dalamnya.

Sukar hendak mengalihan pembeli supaya membeli dari kita, sedangkan selama ini mereka sudah biasa membeli dari pemain yang ada.

Sebaiknya kita masuk pasaran dengan menawarkan produk ataupun servis yang orang lain tidak tawarkan.

2. Kita boleh masuki pasaran yang tepu

Pembeli bukan setia kepada pemain, jadi kita masih dapat mengalihkan mereka daripada pemain yang ada kepada kita, dengan syarat kita memberikan pilihan yang lebih baik.

.

Nabi kita memasuki pasaran yang sudah sedia ada.

Beliau bukan menawarkan barangan baru yang tidak ditawarkan oleh trader lain.

Nabi kita menjual barang-barang yang sama, yakni barang-barang keperluan harian. Tetapi beliau menawarkan barangan itu dengan kualiti tinggi dan harga patut.

Itulah formula trading Nabi kita.

+ Jual barang keperluan harian
+ Kualiti tinggi
+ Harga patut

Tuesday, 16 July 2013

Dari kelas ABS



Pengaruh kewangan peribadi ke atas pemikiran bisnes....

Berapa banyakkah pendapatan peribadi kita? Banyakkah duit kita dalam akaun bank kita?

Pendapatan peribadi kita boleh meninggalkan pengaruhnya ke atas pemikiran bisnes kita dengan cara-cara yang merugikan kita.

.

Seorang ahli ABS baru memulakan bisnes sendiri, jadi macam biasalah, beliau masih belum mempunyai pendapatan yang tinggi, manakala duit dalam akaun banknya pun sangat sedikit.

Beliau membuka bisnes travel & tour. Beliau sibuk menacri idea pakej-pakej pelancongan untuk golongan students dan mereka yang bergaji biasa-biasa.

Dalam erti kata lain, beliau hendak menjual perkhidmatan travel & tournya kepada golongan yang macam dirinya sendiri juga.

.

Kita selalu berfikir pelanggan kita adalah orang-orang macam diri kita juga.

+ Kalau kita tidak banyak duit kita pun berfikir hendak membuka bisnes dan menjual produk dan servis kita kepada mereka yang tidak banyak duit.

+ Kalau kita sendiri tidak mampu membeli cadar RM300 maka kita bayangkan orang lain pun tidak mampu membeli cadar itu.

+ Kalau kita perempuan tidak banyak duit, kita berfikir macam mana mahu menjual kepada perempuan yang macam kita, yang tidak banyak duit juga.

.

Membuka bisnes dengan tujuan menjual produk dan servis kita kepada golongan yang tidak berduit adalah idea yang menyebabkan bisnes kita mahu survive, apatah lagi mahu berkembang.

Kerja teruk, duit tak banyak masuk.

.

Jangan jadikan poket kita panduan menjalankan bisnes!

Monday, 15 July 2013

Skrip Maut Jurujual Murahan



Apabila pelanggan mula bertanya tentang produk, itu bermakna pelanggan mahu beli produk kita. Namun, ada jurujual yang mematikan proses jualan itu berlaku.

Mereka menggunakan skrip maut.

Sebagai contoh,

"Saya berminat dengan produk kesihatan tuan. Boleh tahu harganya?"

Jawab jurujual murahan,

"RM100.00"

Pelanggan masih sudi bertanya lagi.

"Boleh saya tahu bagaimana untuk dapatkannya?"

Jurujual semakin murah dan seperti tidak kisah menjawab,

"Boleh."

.... Kesudahannya, pelanggan terus diam menyepi.

====
3 Sebab Pelanggan Menyepi
====

[+] Jurujual seperti tidak endah.

[+] Tidak ada call-to-action yang jelas.

[+] Bahasa respon yang malas.

Percaya atau tidak, pelanggan tersebut langsung tidak akan muncul untuk kali kedua.

====
Transformasi Jurujual Murahan kepada Jurujual Jutawan
====

... Bermula dengan menggunakan respon bahasa yang positif dan berpengaruh.

Sunday, 14 July 2013

KAEDAH MENJUAL PRODUK

Kaedah terbaik untuk menjual produk adalalah menjual diri terlebih dahulu.

Ia dikenali sebagai strategi membangunkan modal sosial.

Buat pelanggan suka kita dan jadikan pelanggan sebagai puak bisnes kita.

Lama kelamaan, mereka menjadi orang yang seronok bagi duit berkepuk-kepuk ke dalam akaun bank.

Pesan ini adalah pesan Puan Guru Ainon Mohd. kepada saya sewaktu bertalaqi dengan beliau beberapa tahun lepas.

Strategi ini menjadi. Strategi ini kebal.

Tuesday, 9 July 2013

Fungsi & impak bahasa berpengaruh dalam bisnes

by: Aqif Azizan

Dunia bisnes hari ini penuh dengan "transparency."

Bisnes kita terdedah dengan hebahan sosial yang meluas.

Sebagai contoh, jika bisnes kita lakukan kesilapan, dalam masa kurang 60 saat, ia akan dihebahkan secara meluas di Facebook.

Satu signal yang bagus untuk semua usahawan di seluruh dunia (Malaysia tidak terkecuali), supaya terus tercabar menghasilkan servis yang berkualiti kepada pelanggan.

Menurut pengasas Review Balance,

"Happy customers tell 3 people, angry customers tell 4,000."

Strategi buat pelanggan gembira adalah strategi kritikal.

Berdasarkan kajian di negara Amerika Syarikat, satu daripada faktor bisnes melingkup walaupun mempunyai duit yang banyak adalah:

"Tidak mengekalkan pelanggan sedia ada, dengan layanan yang berpatutan."

Dalam erti kata lain, mempunyai bisnes yang bahagia lagi membahagiakan para pelanggan.

===
Duit, Bahagia, dan Bahasa
===

Faktor bahasa.

Pemilik bisnes yang tidak pentingkan penggunaan bahasa yang baik kepada pelanggan akan membunuh kredibiliti bisnesnya secara berperingkat.

Hari ini, bahasa komunikasi yang popular adalah bahasa SMS.

Sebagai contoh, "T.ksh ats pmblian anda."

Khususnya untuk klien-klien "mahal" dan premium, bahasa seperti di atas akan membuatkan mereka tidak suka untuk berkomunikasi dengan kita.

Tidak semua orang suka baca bahasa yang terlalu rendah darjatnya.

===
Skrip Jualan dan Bahasa Berpengaruh
===

Kuasai kedua-duanya.

Satu bahasa berpengaruh. Satu lagi skrip jualan.

Dalam bisnes, mempunyai sistem seperti skrip untuk memperoleh pelanggan baru dan kekalkan pelanggan lama adalah penting.

… Supaya kitaran bisnes kita boleh terus hidup, berduit dan berkembang.

Sunday, 7 July 2013

3 Jenis Gear Kehidupan Menuju Impian



Seperti kita sedang memandu, sudah tentu perjalanan kita punya hala tuju.

Begitu juga dengan laluan kehidupan yang kita rancangkan.

Pasti setiap perancangan adalah untuk mencapai titik impian kita.

Gear kereta boleh ditransformasi menjadi gear kehidupan.

Setiap satu gear mempunyai istilah tersendiri. Kita boleh pilih gear mana kita mahu gunakan, bersesuaian dengan waktu yang kita mahukan.

Logiknya bukan pada kata, tetapi pada tindakan. Setiap gear, membawa kita ke tahap yang berlainan.

====
3 Jenis Gear Kehidupan

1) Gear N - Neutral. Neutral dengan ujian dan neutral untuk jadi pelajar.

Sejauh mana sudah kita berlari ke arah impian, ada saat kita pilih untuk berhenti seketika.

Berhenti dengan tujuan. Tujuannya adalah menambahkan ilmu dan kebalkan kesabaran dengan ujian.

Tempoh 'neutral' juga diibaratkan seperti bertenang.

Bertenang dari membuat keputusan terburu-buru, atau bertenang dari emosi yang sedang marah.

2) Gear S - Speed. Speed up your spirit.

Matlamat sudah jelas, tetapi tindakan tidak sehabis keras.

Semangat seperti air pasang dan surut, sering menjadi penghalang.

Caranya, segerakan kerja dengan sentiasa melihat matlamat.

Tembak matlamat tepat, dengan semangat yang lebat.

3) Gear D - Drive. Pandu ke arah impian dan tujuan hidup.

Sudah bersiap sedia dengan matlamat, ilmu dan semangat, pandu laju terus ke arah impian.

Kekal bergerak walaupun impian kelihatan masih jauh.

Lama-kelamaan destinasi impian semakin hampir dengan diri. Kata orang 'no matter how slow you go, finish the line'.

====
Dalam perniagaan juga kita ada gear-gear yang menggerakkan kita, untuk terus pecut laju menjadi lebih maju.

Malah, dengan gear-gear ini kita bergerak tanpa henti. Gear perniagaan membantu kita untuk lebih jelas dengan target jualan yang ditetapkan.

Antara gear perniagaan adalah:

[+] Gear C - Customer. Kenal pasti pelanggan dengan jelas.

Jika kita berkata semua orang adalah pelanggan kita, maka semua orang tidak akan membeli produk kita.

Fokus kepada satu jenis pelanggan sahaja.

Tujuannya, supaya panahan manfaat produk kita tidak tersasar.

[+] Gear P - Problem. Masalah yang dihadapi pelanggan.

Sudah kenal pasti pelanggan, gali pula masalah yang mereka hadapi.

Dari situ, kita tahu dengan tepat kebaikan produk sebagai jalan penyelesaian untuk mereka.

[+] Gear O - Offer. Tawaran untuk atasi masalah pelanggan.

Selepas scan masalah mereka, lihat pula kepada tawaran kita.

Pastikan tawaran kita untuk pertama kali adalah tidak membebankan mereka.

Ingat, kita sedang membantu selesaikan masalah mereka.

====
Bagi memulakan gear-gear perniagaan ini, penggunaan bahasa pengaruh dapat menjadi pelonjak kepada daya tarik pelanggan.

Bahasa pengaruh bukan bahasa hype.

Wednesday, 3 July 2013

Cara buat Pelanggan bagi banyak duit pada hari tertentu.



Strateginya adalah "event discount".

Lumrah emosi manusia. Kita suka beli sesuatu pada harga diskaun.

Jika produk itu harga RM50, pelanggan lebih teruja untuk bagi duit kepada jurujual atau pemilik bisnes, apabila diberikan diskaun sebanyak 10%, 30% dan seterusnya.

Cara untuk praktikkan strategi ini tanpa merosakkan nilai bisnes kita adalah menerusi "event diskaun".

… Iaitu memberikan diskaun berdasarkan pada waktu atau acara tertentu:

1) Diskaun 30% untuk hari Isnin (Tema diskaun: Monday Blues).

2) Diskaun 10% untuk hari Sabtu (Tema diskaun: Saturday Night Fever).

3) … Diskaun 30% untuk diskaun malam Jumaat? ;)

Penting untuk kita mempunyai tema diskaun supaya kelihatan unik dan melekat ke dalam minda pelanggan.

Kajian menjelaskan, perkataan seperti 'diskaun', 'jimat' dan sewaktu dengannya mampu mempengaruhi manusia untuk keluarkan duit daripada poket mereka.

Strategi ini menjadi lebih berkesan apabila dicampurkan dengan perisa "skrip jualan berpengaruh".

---
Apa maksud skrip jualan berpengaruh?
---

Ia adalah kemampuan untuk menulis perkataan yang:

1) Membuatkan pelanggan suka.

2) Membuatkan pelanggan faham.

3) Membuatkan pelanggan teruja untuk bagi duit kepada kita.

Dalam pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat," strategi ini disusun dalam posisi yang ringkas dan senang dipraktik.

Teknik "gam" hati pelanggan yang liat mahu bayar (close deal).



Satu daripada trauma jurujual dan juga para usahawan adalah aktiviti minta duit daripada pelanggan.

Antara kes-kes yang berlaku:

1) Pelanggan sudah berminat, tetapi masih belum bayar untuk dapatkan produk.

2) Pelanggan sudah tempah dan kata mahu bayar, tetapi duit masih lagi belum sumbat ke akaun bank kita.

Cara untuk melayan perasaan liat pelanggan ini adalah menggunakan strategi berikut.

Ada dua jenis gam yang boleh digunakan:

1) Gam murah.

2) Gam mahal.

---
Strategi Gam Murah

1) Takut-takutkan pelanggan dengan helah palsu.

… "Tuan / cikpuan adalah orang yang rugi jika tidak beli produk ini. Semua orang yang guna produk ini telah berjaya."

2) Menekan-nekan.

… "Sila bayar sekarang. Jika tidak bayar, tolonglah bayar sekarang."

---
Strategi Gam Mahal

1) Bermula dengan doa meraikan rezeki si pelanggan.

… "Semoga Allah terus memanjangkan hayat rezeki tuan / cikpuan untuk memiliki produk / servis XYZ."

2) Berikan bantuan.

… "Jika ada sebarang isu berkenaan dengan pembayaran, mohon maklumkan kepada kami. Kami akan usaha untuk permudahkan urusan tuan / puan."

3) Ringankan beban.

… "Jika tuan / puan teragak-agak untuk beli, sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Kami akan bantu berikan jawapan yang puan inginkan."

Setiap gam boleh digunakan bergantung pada situasi tertentu.

---
Soalan seterusnya, bagaimana untuk hasilkan kempen pemasaran & jualan yang berpengaruh?

Yakni membuatkan pelanggan faham, teruja dan seronok mahu bagi duit kepada kita?

Tuesday, 2 July 2013

Tip Tingkatkan Jualan - Strategi Lidah pelanggan.



Perkara utama yang membezakan jurujual jahil dan jurujual jutawan adalah kemampuan untuk menghasilkan mesej jualan yang:

1) Pelanggan mahu dengar.

2) Pelanggan suka dengar.

3) Pelanggan teruja untuk bagi duit kepada si penjual dengan kadar yang segera.

Cara ini boleh dilakukan menerusi pemahaman "lidah" pelanggan.

---
Maksud Lidah Pelanggan
---

Iaitu kemahiran untuk memahami satu demi satu perkataan yang dikeluarkan oleh pelanggan, apabila mahu membuat keputusan untuk membeli produk kita.

Teknik untuk faham lidah pelanggan ini adalah:

+ Pelanggan bukan sekadar duit untuk bisnes.

… Pelanggan adalah manusia. Pelanggan adalah sahabat kita.

+ Mempengaruhi pelanggan supaya berkongsi masalah.

… Ajukan soalan kepada mereka, supaya mereka sudi ceritakan masalah dalam bentuk skrip perkataan demi perkataan.

Sebagai contoh, si pelanggan bercerita, "Aku sekarang selalu tidur lewat sebab banyak kerja. Tidur hanya 2 jam sehari. Setiap kali bangun pagi selalu mengantuk dan lesu. "

+ Merangka mesej jualan berdasarkan skrip pelanggan.

Seterusnya, cara kita pikat hati pelanggan adalah merangka mesej jualan yang menjelaskan profail mereka.

Contohnya, "Produk XYZ ini membantu anda yang sering tidur lewat akibat banyak kerja (tidur cuma 2 - 3 jam sahaja sehari), dan selalu mengantuk, lesu dan rasa malas setiap kali bangun pagi."

Teknik lidah pelanggan ini boleh ditambah baik dengan skrip-skrip jualan berpengaruh.

---
Apakah maksud skrip jualan berpengaruh?
---

Ia adalah kemampuan untuk menulis perkataan yang:

1) Membuatkan pelanggan suka.

2) Membuatkan pelanggan faham.

3) Membuatkan pelanggan teruja untuk bagi duit kepada kita.

Dalam pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat," strategi ini disusun dalam posisi yang ringkas dan senang dipraktik.



Ebook dan audio ini akan berusaha membantu kita untuk faham bagaimana untuk jadi jurujual berpengaruh yang disayang Tuhan.

Klik sini untuk milikinya --->> http://www.writetowealth.my/teknik-jual-berkesan