Cara buat Pelanggan bagi banyak duit pada hari tertentu.
Strateginya adalah "event discount".
Lumrah emosi manusia. Kita suka beli sesuatu pada harga diskaun.
Jika produk itu harga RM50, pelanggan lebih teruja untuk bagi duit
kepada jurujual atau pemilik bisnes, apabila diberikan diskaun sebanyak
10%, 30% dan seterusnya.
Cara untuk praktikkan strategi ini tanpa merosakkan nilai bisnes kita adalah menerusi "event diskaun".
… Iaitu memberikan diskaun berdasarkan pada waktu atau acara tertentu:
1) Diskaun 30% untuk hari Isnin (Tema diskaun: Monday Blues).
2) Diskaun 10% untuk hari Sabtu (Tema diskaun: Saturday Night Fever).
3) … Diskaun 30% untuk diskaun malam Jumaat? ;)
Penting untuk kita mempunyai tema diskaun supaya kelihatan unik dan melekat ke dalam minda pelanggan.
Kajian menjelaskan, perkataan seperti 'diskaun', 'jimat' dan sewaktu
dengannya mampu mempengaruhi manusia untuk keluarkan duit daripada poket
mereka.
Strategi ini menjadi lebih berkesan apabila dicampurkan dengan perisa "skrip jualan berpengaruh".
---
Apa maksud skrip jualan berpengaruh?
---
Ia adalah kemampuan untuk menulis perkataan yang:
1) Membuatkan pelanggan suka.
2) Membuatkan pelanggan faham.
3) Membuatkan pelanggan teruja untuk bagi duit kepada kita.
Dalam pakej, "Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat," strategi ini disusun dalam posisi yang ringkas dan senang dipraktik.
No comments:
Post a Comment