Sunday, 7 July 2013

3 Jenis Gear Kehidupan Menuju Impian



Seperti kita sedang memandu, sudah tentu perjalanan kita punya hala tuju.

Begitu juga dengan laluan kehidupan yang kita rancangkan.

Pasti setiap perancangan adalah untuk mencapai titik impian kita.

Gear kereta boleh ditransformasi menjadi gear kehidupan.

Setiap satu gear mempunyai istilah tersendiri. Kita boleh pilih gear mana kita mahu gunakan, bersesuaian dengan waktu yang kita mahukan.

Logiknya bukan pada kata, tetapi pada tindakan. Setiap gear, membawa kita ke tahap yang berlainan.

====
3 Jenis Gear Kehidupan

1) Gear N - Neutral. Neutral dengan ujian dan neutral untuk jadi pelajar.

Sejauh mana sudah kita berlari ke arah impian, ada saat kita pilih untuk berhenti seketika.

Berhenti dengan tujuan. Tujuannya adalah menambahkan ilmu dan kebalkan kesabaran dengan ujian.

Tempoh 'neutral' juga diibaratkan seperti bertenang.

Bertenang dari membuat keputusan terburu-buru, atau bertenang dari emosi yang sedang marah.

2) Gear S - Speed. Speed up your spirit.

Matlamat sudah jelas, tetapi tindakan tidak sehabis keras.

Semangat seperti air pasang dan surut, sering menjadi penghalang.

Caranya, segerakan kerja dengan sentiasa melihat matlamat.

Tembak matlamat tepat, dengan semangat yang lebat.

3) Gear D - Drive. Pandu ke arah impian dan tujuan hidup.

Sudah bersiap sedia dengan matlamat, ilmu dan semangat, pandu laju terus ke arah impian.

Kekal bergerak walaupun impian kelihatan masih jauh.

Lama-kelamaan destinasi impian semakin hampir dengan diri. Kata orang 'no matter how slow you go, finish the line'.

====
Dalam perniagaan juga kita ada gear-gear yang menggerakkan kita, untuk terus pecut laju menjadi lebih maju.

Malah, dengan gear-gear ini kita bergerak tanpa henti. Gear perniagaan membantu kita untuk lebih jelas dengan target jualan yang ditetapkan.

Antara gear perniagaan adalah:

[+] Gear C - Customer. Kenal pasti pelanggan dengan jelas.

Jika kita berkata semua orang adalah pelanggan kita, maka semua orang tidak akan membeli produk kita.

Fokus kepada satu jenis pelanggan sahaja.

Tujuannya, supaya panahan manfaat produk kita tidak tersasar.

[+] Gear P - Problem. Masalah yang dihadapi pelanggan.

Sudah kenal pasti pelanggan, gali pula masalah yang mereka hadapi.

Dari situ, kita tahu dengan tepat kebaikan produk sebagai jalan penyelesaian untuk mereka.

[+] Gear O - Offer. Tawaran untuk atasi masalah pelanggan.

Selepas scan masalah mereka, lihat pula kepada tawaran kita.

Pastikan tawaran kita untuk pertama kali adalah tidak membebankan mereka.

Ingat, kita sedang membantu selesaikan masalah mereka.

====
Bagi memulakan gear-gear perniagaan ini, penggunaan bahasa pengaruh dapat menjadi pelonjak kepada daya tarik pelanggan.

Bahasa pengaruh bukan bahasa hype.

No comments:

Post a Comment