Tentang pasaran tepu....
Apabila pasaran sudah sesak dengan pemain-pemain sedia ada, patutkah kita masuki juga?
Ada 2 pendapat:
1. Jangan masuki pasaran yang sudah tepu
Pendapat ini mengatakan kita tidak patut menawarkan produk ataupun servis yang sudah terlalu banyak pemain di dalamnya.
Sukar hendak mengalihan pembeli supaya membeli dari kita, sedangkan selama ini mereka sudah biasa membeli dari pemain yang ada.
Sebaiknya kita masuk pasaran dengan menawarkan produk ataupun servis yang orang lain tidak tawarkan.
2. Kita boleh masuki pasaran yang tepu
Pembeli bukan setia kepada pemain, jadi kita masih dapat mengalihkan
mereka daripada pemain yang ada kepada kita, dengan syarat kita
memberikan pilihan yang lebih baik.
.
Nabi kita memasuki pasaran yang sudah sedia ada.
Beliau bukan menawarkan barangan baru yang tidak ditawarkan oleh trader lain.
Nabi kita menjual barang-barang yang sama, yakni barang-barang
keperluan harian. Tetapi beliau menawarkan barangan itu dengan kualiti
tinggi dan harga patut.
Itulah formula trading Nabi kita.
+ Jual barang keperluan harian
+ Kualiti tinggi
+ Harga patut
No comments:
Post a Comment